Video Bar

Loading...

Thursday, May 31, 2012


CINTA DAN LAGU (1976)


SATU-SATUNYA FILEM MUSIKAL WUJUD DI MALAYSIA
Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop












MERDEKA FILM PRODUCTIONS CINTA DAN LAGU Di Bintangi Oleh HAIL AMIR NOOR AZIZAH Dan YUSOF HASLAM NORZIE NANI Di Bantu Oleh M. SHAHDAN JAMIL SULONG NORIZAN SAID MANAF NIK MUHAMMAD Dan HASNOOR RIBUT NORMA DIAN ROSMEA RINO ARIFFIN YUSOF Z. RASHID ZAKARIA RAIMI R. ZAKARIA AHLI-AHLI PERTUBUHAN SILAT "FIRASAH" Jurugambar KWONG HON LOK Jurubunyi TAN KONG THEAN Penyunting S. SALEHAN Pembantu Pengarah NIK MUHAMMAD M SHAHDAN P. Pakaian S. ROKIAH P. Sekerip SITI ARIFAH Penggubah dan Pengarah Lagu JOHARI SALLEH pmn Senikata JAMIL SULONG amn Tarian NORMADIAH Penasihat Terbitan JANTAN ABU BAKAR jp Pengurus Unit & Pen. Seni A.V. BAPAT sma Pengurus Terbitan RONNIE TAN TENG BANN Penerbit TAN SRI RUNME SHAW pmn Pengarah JAMIL SULONG amn

Tahun mula ditayangkan: 1976 (27 November)
Masa tayangan: 90 minit (lebih kurang)
Kedudukan filem: Ada, boleh diperolehi

SINOPSIS___

Zulkifli (takda harta, miskin), pemuda nelayan telah mengikat tali percintaan dengan Noraini. Percintaan kedua mempelai itu memang diketahui oleh rakan masing-masing dan setiap hari menjadi usikan dan guruan mereka.

Sebagaimana yang sering terjadi antara teruna dan dara yang sedang tenggelam dilamun asmara, ada masanya Zul dan Aini membelai rindu dengan bercumbu rayu dan ada kalanya merajuk merasa cemburu dan tersentuh hati.

Suatu hari, datanglah ke kampung tersebut seorang pemuda dari kampung lain yang tidak jauh dari situ. Namanya Malek (ada harta, kaya) bersama Mat Temberang serta teman-temannya yang lain.

Kebiasaannya, bila Malek ke mana-mana, dia didampingi oleh teman-temannya yang berperangai buruk seperti dia juga.

Malek telah jatuh hati dengan Aini apabila mereka bertemu, dan dia telah meminta bantuan Mak Leha supaya pergi meminang Aini. Bagaimanapun, Pak Kadir (ayah Aini) telah menyerahkan kepada anak perempuannya itu untuk membuat keputusan.

Aini berterus-terang menolak pinangan itu, tetapi kerana memikirkan Malek anak Tok Penghulu kampung dan berpengaruh pula, dibuatnyalah alasan supaya mereka bertemu dalam pesta pertandingan nyanyian yang sememangnya sering diadakan di kampung tersebut setiap tahun.

Kalau, dalam pesta pertandingan itu, Malek dan kumpulannya berjaya menunjukkan kehandalan (kumpulan Aini kalah), Aini akan mempertimbangkan pinangan Malek.

Malangnya, Malek tidak dapat menandingi kehandalan Aini, dan di situ juga dia berterus terang menunjukkan yang hatinya telah terpaut kepada Zul dan akan ke jinjang pelamin.

Di hari Zul sedang diarak ramai-ramai pergi bersanding ke rumah Aini, dia telah diserang sekumpulan anak muda, orang-orang upahan Malek yang tidak mahu melihat Zul berkahwin dengan Aini.

Pergaduhan sengit berlaku, tetapi Zul tewas dan dia dibawa orang-orang Malek ke sebuah pulau dan dikurang dalam gua.

Dengan kehilangan Zul itu hebuh sekampung, Aini dan Fatimah (adik Zul) puas mencari dan meminta pertolongan orang-orang kampung, tetapi tidak berjaya.

Tok Penghulu Kahar (ayah Malek) pulang dari seberang sebelum waktunya, dan atas jasa baiknya serta membuat pertimbangan yang adil, Malek mengaku melakukan pencolekan dan memberitahu di mana Zul disembunyikan.

Zul dan Aini bertemu kembali dan disatukan.

Pelakon utama: Zulkifli (Hail Amir), Noraini (Noor Azizah), Malek (Yusof Haslam), Fatimah (Norzie Nani), Mat Temberang (M. Shahdan), Mak Leha (Norizan), Pak Kadir (Said Manaf) dan Tok Penghulu Kahar (Jamil Sulong).

KRITIKAN & ULASAN___

Kali pertama saya menonton "Cinta Dan Lagu", previewnya di panggung wayang Capitol, Kuala Lumpur dalam bulan November 1976. Penayangan (preview) di panggung wayang tersebut jarang-jarang berlaku. Hanya filem yang ada keistimewaan saja, barulah boleh previewnya ditempatkan di situ.

Sebelumnya, filem ini banyak mendapat publisiti di dada-dada akhbar dan majalah tempatan, terutamanya ada usaha dibuat membawa Titiek Sandhora atau Emilia Contessa dari Indonesia untuk memegang peranan utama, sebagai Noraini.

Pada masa itu, dua filem musikal Hollywood, "West Side Story" dan "The Sound Of Music", sedang menggila dengan kutipan box officenya yang menyebabkan Shaw Brothers Hong Kong berminat membuat filem Cina yang coraknya seakan-akan sama.

Berikutan kejayaan yang dicapai oleh "Permintaan Terakhir," "Jiwa Remaja" dan "Sayang Anakku Sayang", Merdeka Film Productions begitu yakin "Cinta Dan Lagu", kalau diusahakan, boleh juga mendapat kejayaan box office.

Bagi mempastikan kecundang di box office tidak berlaku (disamping memperolehi pasaran baik di Indonesia), usaha telah dibuat membawa pelakon dan penyanyi Indonesia yang begitu popular ketika itu, Titiek Sandhora. Bagaimanapun, usaha tersebut gagal.

Kemudian perhatian beralih pula kepada Emilia Contessa, juga gagal. Dia sibuk dengan penggambaran beberapa filem, dan akhirnya Noor Azizah dipilih mengambil tempat yang dikosongkan oleh kedua penyanyi dan pelakon Indonesia itu.

Sebelumnya, Noor Azizah berherokan Zulkifli Zain dalam filem "Sayang Anakku Sayang" yang boleh dikatakan mendapat sambutan hangat, juga diarahkan oleh Jamil Sulong.

"Cinta Dan Lagu" filem bercorak musikal mengandungi 18 lagu kesemuanya, dan setakat ini belum ada satu pun filem Melayu (Malaysia) mempunyai sebegitu banyak lagu dan bercorak musikal sebegini.

Ini boleh diterima, sebagai satu pembaharuan telah dilakukan. Pada masa lalu, belum pernah dibuat iaitu sejak filem Melayu berkembang pesat pada tahun 1947 bermula dengan filem "Singapura Di Waktu Malam" yang diarahkan oleh B.S. Rajhans.

Percubaan nekad yang dilakukan oleh Merdeka Film Productions (Shaw Brothers) bagi menyamai filem bercorak musikal (bukan menyaingi) "West Side Story" dan "The Sound Of Music", patut dipuji.

Apabila selesai menonton previewnya, dalam penilaian saya (pada masa itu), persembahannya sangat baik, menarik dan tidak mengecewakan, dalam ertikata sebagai filem musikal yang sederhana bentuknya.

Pembaharuan yang dibuat dianggap berjaya, tetapi kalau mahu dibandingkan dengan "West Side Story" dan "The Sound Of Music", tentulah tidak masuk akal.

Yang menjadi persoalan dalam benak saya, apakah filem musikal sebegini akan memenuhi selera dan citarasa penonton-penonton Malaysia yang meminati filem Melayu?

Jawapannya saya perolehi kemudian. Belum lagi. Ini kerana sambutannya di box office tidak begitu baik dan tidak memerangsangkan.

Tradisi dan kelaziman filem-filem bercorak musikal, apa yang selalu dihidangkan hanyalah nyanyian belaka.

Gembira menyanyi, berduka menyanyi, bermain menyanyi, bergurau menyanyi, merajuk menyanyi, memujuk menyanyi, cemburu menyanyi, marah menyanyi, sakit menyanyi, menyanyi, menyanyi, menyanyi dan terus menyanyi.

Itulah yang berlaku kepada "Cinta Dan Lagu," dari mula hingga tamat.

Cerita dikatakan disadur, sesuaikah?

Sesuai. Berlaku disebuah perkampungan (Melayu) nelayan.

Plot cerita begitu simple. Siapa penulisnya, tidak tercatat di credit title dan tidak penting. Yang pasti ia dipadankan dari filem musikal Cina (Shaw Brothers Hong Kong) yang hingga kini tidak dapat dikesan tajuknya.

Tidak seperti "Permintaan Terakhir" dari filem "Susanna" dan "Jiwa Remaja" dari filem "Dead End".

Dailog, bagaimana pula?

Bernas, pendek, tepat dan berkesan.

Pemilihan pelakon menepati karekterkah?

Ya, menepati.

Salah satu kekuatan "Cinta Dan Lagu", banyak bergantung kepada karekter Noraini. Kalau gagal ditangani dengan baik, gagallah filem ini.

Noor Azizah ("Di Malaysialah, bodoh!...") dipilih bagaikan 'bidan terjun'. Begitu pun juga, lakonannya tetap baik dan memuaskan. Perfect, kata orang putih. Susuk badannya, bersesuaian dengan karekter.

Gerak-geri, penuturan dialog, tarian dan nyanyian (suara Salamiah Hassan sesuai benar dengannya), menarik dan natural.

Bila berdepan dengan Hail Amir, rajuk dan manjanya menyentuh perasaan. Bila diusik oleh Yusof Haslam, marah dan sindirnya mencuit hati.

Ini disebabkan, Noor Azizah sudah lama dan banyak pengalaman dalam filem, sejak di MFP Jalan Ampas lagi, bermula dengan filem "Dayang Senandong" juga diarahkan oleh Jamil Sulong.

Bila difikir-fikirkan balik, jelaslah sudah, kegagalan Jamil Sulong mendapatkan penyanyi dan pelakon Titiek Sandhora dan Emilia Contessa, ada hikmahnya.

Noor Azizah telah membuktikan kemampuannya berlakon setaraf dengan dua bintang popular Indonesia yang dikehendaki itu, walaupun dia bukan penyanyi dalam ertikata sebenar-benarnya.

Pemilihan Hail Amir ("Dimanakah, suri hati...") sebagai heronya, juga tepat. Sangat sesuai dan kena pada tempatnya. Berpadanan dengan Noor Azizah.

Lakonannya (sebagai Zul), dalam adegan-adegan tertentu kelihatan sedikit lemah. Ini kerana, dia masih baru dalam filem. Belum biasa lagi, dan pertama kali berheroinekan Noor Azizah.

Ini filemnya yang kedua (sebagai hero) selepas berheroinekan Uji Rashid dalam filem "Jiwa Remaja", juga arahan Jamil Sulong.

Begitu pun juga, aksi pertarungan (campuran silat dan kungfu) yang diperlihatkannya meyakinkan dan realistik.

Tarian-tariannya pun menarik, ini tidak menghairankan kerana dia sememangnya penari, penari Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan.

Peranan ketiga penting, Malek ("Oh, loyar buruk ya!..."), yang dibawakan oleh Yusof Haslam, memang padan dengannya. Nampaknya dia sesuai sangat berperanan jahat atau crook, kena pula dengan pasangannya, M. Shahdan, yang membawa peranan Mat Temberang, orang suruhannya yang patuh dengan arahannya.

Suara Shagul Hamid yang digunakan oleh Yusof Haslam ketika menyanyi, pun sesuai dengannya.

Pelakon-pelakon lain, Norzie Nani ("Betulkah, Aini?..."), Jamil Sulong, Said Manaf dan Norizan turut berperanan baik menurut karekter, menjadikan filem ini lebih mantap.

Tarian-tarian Normadiah, menarikkah?

Tarian-tarian ciptaan Normadiah, bertepatan dengan lagu dan musik oleh Johari Salleh. Sungguhpun begitu, kadangkala tergerencat juga kerana ada tarian penari-penarinya (semacam mahu tidak mahu menari) tidak tersusun kemas, ertinya kelamkabut.

Sebagai contoh, boleh dilihat dalam klip YouTube "Sepinya Hati Sesepinya Malam Sunyi" dan "Alangkah Senang Hai Mata Memandang".

Pada hal, salah satu elemen filem bercorak musikal yang patut dipatuhi ialah, tarian misti sempurna seiring dengan musik dan lagu.

Musik dan lagu Johari Salleh, berhasilkah?

Musik dan lagu, yang dianggap kekuatan utama filem ini, memperlihatkan pencipta dan penggubah lagu Johari Salleh berjaya menghasilkan lagu-lagu (berbagai irama dan rentak) berdasarkan kisah percintaan Zul dan Aini di sebuah perkampungan nelayan.

Cuma, musiknya (ramai pemusiknya dikalangan angguta Orkes RTM) kurang menyengat. Nampak amateur kalau dinilai dalam kontek sesebuah orkestra.

Sekiranya dimainkan dengan 'full orchestra' sebagaimana yang terdapat kepada Orkestra RTM hari ini, kemungkinan kualitinya lebih baik lagi.

Sungguhpun, Johari Salleh tidak boleh menyaingi kehebatan pemusik Rogers And Hammerstein dan Leonard Bernstein, namun apa yang telah dihidangkannya sudah boleh dikira memuaskan.

Nyanyian oleh Salamiah Hassan, Hail Amir, Ahmad Jais, Rohani Aziz, Andre Goh dan Shagul Hamid menarik dan menghiburkan terutamanya lagu "Berdebar-debar Rasa Hati," "Sepinya Hati Sesepinya Malam Sunyi", "Alangkah Senang Hai Mata Memandang" dan "Ku Titiskan Airmata Rindu".

Fotografi Kwong Hon Lok, cantikkah?

Ya, memang cantik. Penggambaran yang dilaksanakan dalam warnawarni Eastmancolor dan berbidang luas MerdekaScope benar-benar memberi nyawa kepada filem ini.

Angle (sudut) fotografi yang diperlihatkan (terutama bunga yang berkembang, celah pokok yang menghijau, pantai yang memutih dan laut yang tenang) sungguh menarik dan mempersonakan.

Maklumlah, juruteknik filemnya didatangkan khas dari Hong Kong yang sudah tentu sangat berpengalaman dalam hal-hal perfileman.

Tambah menarik, apabila ia disunting dengan cukup kreatif oleh Salehan Shamsuddin (S. Salehan) yang banyak pengalaman.

Bagaimanapun, ini semua hanya dapat dirasakan, apabila menonton di panggung wayang bukannya di tv, dvd atau vcd.

Make-up A.V. Bapat, berjayakah?


Kurang berjaya. Sebab, kebanyakan penggambaran dilakukan diluar studio, tidak dalam studio seperti di MFP dan Merdeka Studio, yang mana ini sudah pasti melunturkan kecantikan make-up terutama yang melibatkan Noor Azizah.

Kostumnya, okkah?

Apa yang boleh saya katakan, telah diabaikan. Akibatnya kurang menarik, kurang sempurna.

Lirik Jamil Sulong, masih baikkah?

Tidak dapat disangkal lagi. Sentuhan ajaibnya di MFP, tidak pudar di Merdeka Film Productions. Sama kuat dengan lirik yang dihasilkannya untuk filem "Penarek Becha", "Hang Tuah" dan "Semerah Padi".

Kalau tidak percaya, dengarlah lirik lagu "Alangkah Senang Hai Mata Memandang," versi Ahmad Jais dan Salamiah Hassan.

Kesimpulannya?

Sungguhpun hanya mengambil masa lebih sedikit dua bulan untuk menyudahkannya pada keseluruhannya, "Cinta Dan Lagu" menarik, seronok dan menghiburkan.

Lebih dari itu, ada kelainannya.

Kerana kelainannya itulah (setelah sekian lama, hampir 36 tahun) menyebabkan filem seperti ini tidak pernah ada.

Mungkinkah ada lagi filem coraknya seperti ini?

Jawabnya, pasti ada. Boleh dibuat. Jika punya kemahuan dan kesedaran.

Kalaulah KRU Studio (Norman, Yusry dan Edry), Metrowealth (David Teo) dan Excellent Pictures (Ahmad Idham) dapat melahirkan filem musikal seperti "Cinta Dan Lagu" ini, alangkah baiknya.

Janganlah asyik sangat, filem hantu saja diutamakan.

PELIK TETAPI BENAR___

Selepas selesai menonton previewnya, saya pergi menemui Jamil Sulong berjabat tangan dan berkata: "Tahniah, bang Jamil. Bagus."

Jamil Sulong tersentak dan menjawab sinis: "Bagus?..."

Saya juga tersentak dan tidak mengerti dan faham. Tentu ada sesuatu yang tidak kena kenapa Jamil Sulong berkata begitu. Pendek, tetapi penuh makna.

Tahu sajalah. Jamil Sulong, bukan senang dapat menyelami hatinya. Apatah lagi untuk mengetahui sebab musababnya dia berkata demikian. Justeru itu, saya tidak mahu bertanya.

Tetapi saya dapat agak, mungkin kerana ketidakpuasan hatinya tentang hasil filem tersebut yang banyak bersandar kepada juruteknik filem Hong Kong yang sudah pasti apa yang dikehendakinya (kreativiti) sebagai pengarah terhadap filem tersebut, banyak yang tidak tercapai.

Mungkin Jamil Sulong sudah lupa peristiwa tersebut, tetapi saya tetap ingat dan tidak pernah lupa.

Lama kemudian baru saya tahu sebabnya (14 tahun berlalu), apabila terbaca keluhan Jamil Sulong yang tercatat dalam buku karyanya, "Kaca Permata", terbitan Dewan Bahasa & Pustaka pada tahun 1990.

Catatannya: Setelah filem "Cinta Dan Lagu" ini siap penggambarannya saya membuat kesimpulan bahawa ia salah sebuah filem yang paling menjemukan kerana penuh dengan lagu-lagu yang membosankan. Ada pula lagu-lagu itu ditarikan pula. Rekod atau piringhitam yang dikeluarkan mengandungi sebahagian daripada lagu-lagu filem ini pun tidak mendapat sambutan.

Apa rasa hati Johari Salleh jika dia terbaca tulisan tersebut? Atau Hail Amir, Noor Azizah, Yusof Haslam dan semua yang terlibat lebih-lebih lagi Merdeka Film Productions sebagai pengeluar yang mahu melihat sesuatu pembaharuan dibuat terhadap filem Malaysia.

Seolah-olah filem "Cinta Dan Lagu" bukan arahan Jamil Sulong.

Kenapa jadi begitu, ya?

Pelik, tetapi benar.


Salamiah Hassan & Ahmad Jais
Rohani Aziz & Andre Goh

IRAMA & LAGU___

  • CINTA DAN LAGU - Pembukaan (Instrumental)
  • ANGIN BERTIUP MEMBELAI (Salamiah Hassan & Beramai)
  • NUN DISANA PERAHU NELAYAN (Salamiah Hassan & Beramai)
  • JANGANLAH ADIK INGIN BERLAGAK
    (Hail Amir Salamiah Hassan & Beramai)
  • SESPINYA HATI SESEPINYA MALAM SUNYI
    (Hail Amir Salamiah Hassan & Beramai)
  • ALANGKAH SENANG HAI MATA MEMANDANG
    (Hail Amir Salamiah Hassan & Beramai)
  • LA-LA-LA-LA-LA (Shagul Hamid & Beramai)
  • SELENDANGKU DITIUP ANGIN
    (Salamiah Hassan Shagul Hamid & Beramai)
  • SUDAH DAPAT SEPAKAT KATA SEPAKAT
    (Salamiah Hassan & Hail Amir)
  • BAIK WAHAI MANIS SEKARANG KITA MULAKAN
    (Salamiah Hassan Shagul Hamid Andre Goh Rohani Aziz & Beramai)
  • SAYALAH BUSU (Beramai)
  • CUKUP SUDAH (Beramai)
  • DIMANA TEMPAT HATI BERMANJA (Hail Amir & Rohani Aziz)
  • BERDEBAR-DEBAR RASA HATI (Hail Amir & Salamiah Hassan)
  • MALAM INI TIDAK BERBINTANG (Salamiah Hassan)
  • KU TITISKAN AIRMATA RINDU (Salamiah Hassan)
  • JIKALAU TIDAK KERANA BULAN - Penutup
    (Hail Amir Salamiah Hassan & Beramai)

    * Ciptaan, gubahan & pimpinan: JOHARI SALLEH
    * Senikata: JAMIL SULONG
    * Iringan musik: ORKES RTM

    # Dalam filem semua lagu nyanyian Hail Amir menggunakan suaranya sendiri. Dipiringhitam suaranya digantikan dengan Ahmad Jais. Ini berlaku kerana, mengikut kontrak dengan syarikat piringhitam EMI, dia tidak boleh merakamkan lagu dengan syarikat piringhitam lain. Apapun, suara antara Hail Amir dan Ahmad Jais tidak banyak bezanya.

    # Antara 18 lagu yang terdapat dalam "Cinta Dan Lagu" hanya satu saja tidak termuat dalam album "Cinta Dan Lagu" keluaran syarikat piringhitam LIFE, "Sepinya Hati Sesepinya Malam Sunyi".

    # Ketika penggambaran "Cinta Dan Lagu", Hail Amir baru saja mengeluarkan EPnya dengan EMI mengandungi empat lagu bersama Ahmad Nawab - "Wajah Kesayangan Hamba", "Kasih Dan Sayang", "Bukan Jodoh Bukan Suratan" dan "Cinta Bukan Hayalan."


    Nun Di Sana Perahu Nelayan


    Angin Bertiup Membelai


    Janganlah Adik Ingin Berlagak


    Sepinya Hati Sesepinya Malam Sunyi
    Alangkah Senang Hai Mata Memandang



    MARI KITA MENYANYI
    "SEPINYA HATI SESEPINYA MALAM SUNYI"


    "SEPINYA HATI SESEPINYA MALAM SUNYI"

    Sepinya hati sesepinya malam sunyi
    Pedih rasanya hidup ku seorang diri
    Apa dosa ku hai diseksa begini
    Dimanakah suri hati
    Yang selalu menghibur

    Sepinya hati sesepinya malam sunyi
    Pedihnya rasa hidup ku seorang diri
    Apa dosa ku hai diseksa begini
    Dimanakah suri hati
    Yang selalu menghibur-hibur

    Penawan hati ada sembunyi disini
    Sedang melayan duka hatinya sendiri

    Oh kekasih sayang
    Kalau aku bersalah
    Duhai kasih duhai sayang
    Sila maafkan daku

    Suara apa ku dengar sedang merayu
    Menyayat kalbu menyatakan rasa pilu
    Sakit dicari ubatkanlah sendiri
    Ku tak pandai nak menunai
    Apa guna simpan jambangan

    * Penyanyi filem: Hail Amir, Noor Azizah & Beramai
    * Penyanyi suara: Hail Amir, Salamiah Hassan & Beramai
    * Pencipta lagu: Johari Salleh
    * Lirik: Jamil Sulong
    * Iringan musik: Orkes RTM




    La-La-La-La-La-La


    Selendangku Di Tiup Angin


    Sayalah Busu


    Cukup Sudah


    Alangkah Senang Hai Mata Memandang (Album)


    Berdebar-debar Rasa Hati (Album)
    (Sumber: WaeMesul)

    FAKTA___

  • Tajuk asal "Cinta Dan Lagu," "Lagu Dan Cinta." Ia cuma diterbalikkan saja. Dan, "Cinta Dan Lagu" lebih baik dibandingkan dengan "Lagu Dan Cinta".
  • Kali pertama Hail Amir dan Noor Azizah digabungkan sebagai hero dan heroine. Kali keempat Noor Azizah berlakon dibawah arahan Jamil Sulong sesudah "Dayang Senandong", "Raja Bersiong" dan "Sayang Anakku Sayang".
  • Kali kedua Hail Amir sebagai hero selepas "Jiwa Remaja" berheroinekan Uji Rashid. Dia turut berperanan pelakon tambahan dalam "Permintaan Terakhir".
  • Filem kelima diarahkan oleh Jamil Sulong di Merdeka Film Productions selepas "Lain Jalan Ka-Shorga", "Permintaan Terakhir", "Jiwa Remaja" dan "Sayang Anakku Sayang".
  • Beberapa hari sebelum filem ini dimulakan penggambaran, Jamil Sulong jatuh sakit dan di masukkan ke Hospital Assunta di Petaling Jaya.
  • Selain Titiek Sandhora dan Emilia Contessa dari Indonesia, turut mendapat perhatian sebagai Noraini, Jenny Rachman, Yanti Octavia, Tanty Josepha dan Widyawati.
  • Penggambaran "Cinta Dan Lagu" dilakukan di Port Dickson, Pulau Besar dan Serkam di Melaka serta Taman Bunga dan Kepong di Kuala Lumpur.
  • Turut terlibat sebagai pengarah filem (tidak tercatat di credit title) Nas Achnas. Dia kemudian menjadi pengarah bersama filem "Loceng Maut".
  • Jamil Sulong, sebenarnya pengarah filem kedua. Pengarah filem pertama Lo Jun dari Hong Kong. Ini tercatat dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Merdeka Film Productions semasa preview filem tersebut di panggung wayang Capitol.
  • Johari Salleh terpaksa mengambil cuti 2 bulan dari RTM untuk mencipta lagu-lagu untuk filem ini.
  • "Cinta Dan Lagu" merupakan satu-satunya filem Johari Salleh mengambil tanggungjawab sebagai pencipta lagu.
  • Antara begitu banyak lagu, "Berdebar-debar Rasa Hati" begitu popular dan diminati ramai hingga ke hari ini. Dua lagi yang boleh dianggap menarik, "Sepinya Hati Sesepinya Malam Sunyi" dan "Alangkah Senang Hai Mata Memandang". Liriknya pun disusun dengan begitu baik sekali.
  • Norma Yuzie yang terkenal dengan keseksiannya, turut membintangi filem ini sebagai penari, teman Noor Azizah. Dia yang berperanan jahat dalam "Pendekar," juga dibintangi Noor Azizah, meninggal dunia di Batu 2, Jalan Gombak, Kuala Lumpur akibat kemalangan kereta (tidak jauh A.R. Tompel dilanggar kereta) pada 19 Julai 1977.
  • "Cinta Dan Lagu" dihantar menyertai Festival Filem Asean Ke-6 di Manila, Filipina pada bulan November 1976, tetapi gagal meraih sebarang anugerah. Noor Azizah mewakili Malaysia.
  • Norzie Nani diperkenalkan oleh Jamil Sulong dalam "Permintaan Terakhir". Ini filemnya yang ketiga bersama Jamil Sulong. Satu lagi "Jiwa Remaja", turut dibintangi oleh Hail Amir, Uji Rashid dan Yusof Haslam.
  • Tiga pemegang peranan penting dalam filem ini telah meninggal dunia - Said Manaf, Norizan dan M. Shahdan. Penyanyi pula, Ahmad Jais.


  • Update akan dilakukan dari masa ke masa.



    ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI:


    GELORA (1970)

    hanya sesuai untuk orang dewasa saja.



    RASHOMON (1950)

    filem akira kurosawa yang sukar ditandingi.



    CHEMBURU (1953)

    banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff.



    SHANE (1953)

    salah satu filem koboi yang paling saya sukai.









  • Saturday, May 26, 2012


    NIAGARA FALLS, CANADA




    Niagara Falls Di Waktu Siang

    Niagara Falls Di Waktu Malam

    NIAGARA FALLS (Toronto, Canada) begitu jauh dari Kuala Lumpur, Malaysia - 14807.57 kilometer. Tidak termimpi oleh saya tetapi berazam, suatu hari nanti saya akan berada di airterjun tersebut yang dianggap 10 paling indah dan cantik (menduduki paling atas) di dunia.

    9 yang lain, Angel (Venezuela), Iguazu (Brazil/Argentina), Victoria (Afrika), Gulfoss (Iceland), Upside Down (Hawaii), Nachi (Jepun), Giessbach (Switzerland), Lower Grand Canyon (Amerika) dan Aspat (Russia).

    Saya masih ingat lagi, pada 23 Ogos 1993 saya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Subang, Kuala Lumpur dengan kapalterbang MAS menuju ke Tokyo, kemudian Los Angeles, bertukar kapalterbang ke Atlanta, Cincinnati dan akhir sekali Toronto di mana di situlah terletaknya Niagara Falls.

    Di Toronto, saya menginap di Holiday Inn, Carlton Street bersama wartawan filem dari India bernama Ravi Zacharia yang turut diundang ke Toronto International Festival Of Festivals, sama seperti saya.

    Oleh kerana festival filem hanya bermula dua hari lagi, esoknya pihak penganjur telah membawa kami (para wartawan filem seramai 26 orang dari berbagai negara) menaiki bas melawat tempat-tempat menarik di sekitar Toronto (termasuk CN Tower, paling tinggi ketika itu, 553.33 meter, kini ke-5) kemudian terus ke Niagara Falls yang jaraknya 95 kilometer.

    Kami sampai ke sana jam 4 petang dalam keadaan cuaca yang cukup baik (cerah), dan ternyata keindahan dan kecantikan Niagara Falls begitu terselah dan lebih menakjubkan diwaktu malam apabila ia dihiasai dengan lampu-lampu neon berwarna-warni yang sangat sukar digambarkan dengan kata-kata biasa.

    Mungkin, hanya pujangga Omar Khayyam saja yang mampu melukis kata-kata indah dan cantik Niagara Falls melalui puisinya, atau pun setidak-tidaknya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.


    Atas, saya dalam helikopter (gambar diambil oleh wartawan Jepun Hanako Katsuro) berlegar-legar di angkasa Niagara Falls. Tengah, dua gambar Niagara Falls yang saya ambil sendiri dari helikopter. Bawah, gambar-gambar saya berlatarbelakangkan Niagara Falls.

    (Sumber: OurTripVideos)

    (Sumber: Daveni2)

    Di bawah disiarkan semula artikel yang saya tulis mengenai Niagara Falls yang terdapat di muka 19 Pancaindera (Mingguan Malaysia) pada 31 Oktober 1993, hampir 19 tahun yang lalu.




    NIAGARA FALLS SUNGGUH MEMPERSONAKAN
    Oleh Mustafar A.R.


    Memang indah. Sungguh mempersonakan, begitulah bisik di hati bila menyaksikan sendiri Niagara Falls (Airterjun Niagara) yang terbentang luas didepan mata.

    Keindahan lebih menakjubkan apabila malam menjelang bila lampu neon berwarna-warni yang menghiasainya dipasang.

    Selama ini keindahan Niagara Falls saya nikmati daripada beberapa buah filem terutama "Niagara" yang dibintangi oleh Marilyn Monroe.

    Sejak menontonnya ditahun 1953, saya bertekad suatu hari nanti akan ke sana. Dan 40 tahun kemudian, barulah menjadi kenyataan bila berkesempatan berkunjung ke Toronto, Canada kerana menghadiri Toronto International Film Festival Of Festivals.

    Menyaksikan sendiri Niagara Falls(salah satu alam semulajadi yang menakjubkan) memperlihatkan betapa besarnya kekuasaan Allah mencipta sesuatu untuk dinikmati oleh hambanya.

    Niagara Falls mengandungi dua airterjun - The Horseshoe Falls dan The American Falls.

    The Horseshoe Falls terletak di wilayah Ontario, Canada, manakala American Falls berada di negeri New York, Amerika Syarikat.

    Niagara Falls kini benar-benar menjadi tarikan pelancong dan sesiapa saja yang datang ke Canada, tetapi tidak mengunjunginya bererti kunjunganya tidak lengkap.

    Niagara Falls yang terletak di pertengahan antara Tasik Erie dengan Tasik Ontario menerima 16 juta pelancong setiap tahun yang datangnya dari seluruh pelosok dunia.

    Mereka tidak putus-putus datang ke Niagara Falls (95 kilomenter dari Toronto) semata-mata mahu menikmati keindahan terjunan dan percikan air yang memutih serta menghasilkan kabus yang membuak ke atas dan berkilau-kilauan bila dihiasi dengan lampu neon berwarna-warni ketika malam.

    Niagara Falls satu-satunya airterjun yang mendapat perhatian dan dikunjungi ramai. Victoria Falls yang terdapat di Afrika tidak begitu popular dan tidak dimajukan sebagai destinati pelancong.
    ls
    Pelancong-pelancong datang ke Niagara Falls ketika keadaan cuaca paling sesuai mengunjunginya iaitu dari awal April hingga penghujung Oktober dan tempat paling menarik menikmatinya di Prospect Point, Terrapin Point dan Table Rock.

    Ketika berada di Table Rock, saya sungguh bernasib baik kerana dapat melihat pelangi melingkari Niagara Falls kerana terjadi sekali-sekala saja.

    Bagi pelancong-pelancong yang berani dan mahu melihat lebih dekat lagi Niagara Falls dan menikmati deruan yang lebih kuat dan percikan air yang mengganas, boleh menaiki salah sebuah bot yang diberinama 'The Maid Of The Mist'.

    Daripada pengalaman menaikinya ia sungguh menyeronokkan tetapi begitu mencemaskan bila berada hanya beberapa meter saja di kaki airterjun terutama di The Horseshoe Falls yang mana airnya begitu deras sekali.

    Selain menikmati Niagara Falls dengan bot, pelancong-pelancong juga boleh melihat Niagara Falls dari udara dengan helikopter yang dikendalikan oleh Niagara Helicopters.

    Dengan terbang di angkasa (lebih kurang 10 minit) keindahan diperolehi berlainan daripada yang terdapat di bumi dan ia bukan saja terhad kepada Niagar Falls tetapi meliputi kawasan sekitarnya seperti The Whirlpool, The Whirlpool Rapids, The Rainbow Bridge dan Queen Victoria Park.

    Menurut sejarah, Niagara Falls wujud 12,000 tahun lalu apabila air beku di Tasik Eire cair dan melimpah ke dataran menyebabkan wujudnya Sungai Niagara.

    Suku kaum Indin (Iroquois Indian) yang tinggal di sekitar kawasan tersebut sebelum kedatangan penjajah Eropah menamakannya Ongiaahra yang bermaksud 'selat' dan dari masa ke masa penyebutannya berubah hinggalah kini kekal dipanggil 'Niagara'.

    Pelancong-pelancong mula mengunjungi sejak awal tahun 1800, ekoran itu banyak hotel dan gedung perniagaan didirikan samada di sebelah Canada mahupun di Amerika.

    Beberapa buah kilang juga wujud berhampiran Sungai Niagara yang mana ini sedikit sebanyak mencemarkan keindahan alam semulajadi Niagara Falls dan sekitarnya.

    Bagaimanapun, atas kesedaran kedua negara iaitu pembangunan pesat pelancongan dan industri akan merosakkan keindahan alam semulajadi Niagara Falls dan sekitarnya, pada tahun 1885 Amerika mengambil tindakan mengawal tanah sempadan The America Falls dengan mengwujudkan Niagara Falls Park yang meliputi keluasan tanah 174 hektar, dan diikuti oleh Canada di tahun berikutnya (1886) yang mengwujudkan Queen Victoria Park di 79 hektar tanah berhampiran The Horseshoe Falls.

    Panjangnya Sungai Niagara ialah 56 kilometer dan lebih 85 peratus airnya mengalir ke The Horseshoe Falls yang tingginya 53 meter dan 792 meter lebar, manakala The American Falls tingginya 55 meter dan lebarnya 305 meter.

    Di samping menikmati keindahan Niagara Falls dan sekitarnya (terutama yang terletak di wilayah Canada) berbagai tempat hiburan, gedung membeli-belah, gerai makanan dan bermacam-macam lagi berkembang pesat.

    Tidak jauh dari Niagara Falls wujud pekan Clifton Hill yang dipenuhi dengan berbagai keperluan yang semata-mata untuk memberi kemudahan kepada pelancong-pelancong.

    Di sinilah terdapatnya Ripley's Believe It Or Not, Magical Houdini, Hall Of Fame, Adventure Dome, Guinness World Of Records, Louis Tussaud's Waxworks, Movieland Wax Museum, The Haunted House, House Of Frankestine dan Castle Dracula.

    Tidak jauh dari situ pula, terdapat Marineland Theme Park, Ride Niagara dan IMAX Theatre yang mana semuanya ini bertujuan menyerikan lagi keindahan Niagara Falls yang sememangnya sudah indah dan termeterai sebagai salah satu destinasi pelancong terkemuka bukan saja di Canada kemungkinan juga di dunia.

    Sebagaimana yang dikatakan, Niagara Falls merupakan salah satu alam semulajadi yang terindah pernah wujud di dunia, dan mengunjunginya merupakan suatu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan selagi hayat dikandung badan.


    BANYAK PENGGAMBARAN FILEM DI NIAGARA FALLS___

    Memang banyak filem dibuat penggambarannya di Niagara Falls, tetapi paling menonjol "Niagara" (1953) yang diarahkan oleh Henry Hathaway dan dibintangi oleh Jean Peters, Joseph Cotten, Marilyn Monroe dan Casey Adams.

    Boleh dikatakan keseluruhan penggambaran filem keluaran 20th. Century Fox itu dilakukan di Niagara Falls.

    Filem Hindustan "An Evening In Paris" (1967) yang diarahkan oleh Shakti Samanta dan dibintangi oleh Shammi Kapoor, Sharmila Tagore dan Pran, juga membuat penggambaran di Niagara Falls tetapi hanya di penghujung ketika filem hampir selesai. Ertinya "An Evening In Paris" menyelesaikan kisahnya di Niagara Falls.

    Secara kebetulan pula, saya pernah berkunjung ke Paris dua kali. Pertama kerana tugas, kedua melancong bersama isteri.

    Filem "Superman II" (1980) yang diarahkan oleh Richard Lester dan dibintangi oleh Christopher Reeve, Margot Kidder dan Gene Hackman, turut membuat penggambaran di Niagara Falls, tetapi sedikit saja iaitu apabila Superman menyelamatkan seorang budak lelaki yang terjatuh ke dalam airterjun Niagara Falls.

    Cara menyelamat yang dilakukan oleh Superman (Christopher Reeve) telah digambarkan dengan begitu realistik sekali.

    Mengikut senarai Internet Movies Database (IMDb), sebanyak 115 filem (tidak termasuk "An Evening In Paris"), bercorak cerita, dokumentari dan filem pendek, telah membuat penggambaran di Niagara Falls.

    Selain "Niagara", "An Evening In Paris" dan "Superman II" antaranya "The Long Kiss Goonight" (1996), "49th. Parallel" (1941), "This Is Cinerama" (1952) dan "Pirates Of The Caribbean: At World's End" (2007) yang diarahkan oleh Gore Verbinski dan dibintangi oleh Johnny Deep, Keira Knightley dan Orlando Bloom.



    NIAGARA___

    Ray dan Polly Cutler (Adams dan Peters) berbulanmadu di Niagara Falls, dan mendapati bilik yang mereka tempah telah diduduki oleh George dan Rose Loomis (Cotten dan Monroe). Dengan bersopan, mereka menerima bilik lain, kemudian kedua-dua pasangan tersebut menjadi kawan baik.

    Perkahwinan George dan Rose bermasalah. Rose lebih muda dan seksi. George cemburu, tertekan dan cepat marah. Ini disebabkan, dia baru saja keluar dari menerima rawatan sakit jiwa di hospital tentera. Hari berikutnya, semasa bersiar-siar, Polly ternampak Rose dengan penuh ghairah mencium seorang lelaki, Patrick.

    Petang itu Cutlers menyaksikan kemarahan George. Rose menyertai parti dan George tiba-tiba meluru dan memecahkan piringhitam yang memainkan lagu yang disyakinya mempunyai makna rahsia untuk Rose.

    Apa yang George tidak tahu, Rose merancang pembunuhannya. Pada hari berikutnya, Patrick merancang membunuh George. Patrick meminta pihak menara berdekatan memainkan lagu khas bagi memberitahu Rose yang George sudah mati. Secara kebetulan, lagu dimainkan dan Rose menyimpulkan yang George telah dibunuh.

    Apa yang berlaku, George pula yang membunuh Patrick, dan membuang mayatnya ke dalam airterjun. Ini membuatkan polis percaya George adalah mangsanya. Mayat diambil dan polis membawa Rose untuk mengenal pasti dia adalah George. Apabila penutup diangkat dari muka, Rose melihat Patrick, dia pengsan dan dimasukkan ke hospital.

    Pelakon: Marilyn Monroe, Joseph Cotten, Jean Peters, Casey Adams, Denis O'Dea, Richard Allan, Don Wilson, Lurene Tuttle, Russell Collins dan Will Wright.
    Pengarah: Henry Hathaway.



    Klip Trailer
    Klip 1
    Klip 2
    Klip 3
    Klip 4
    Klip 5
    Klip 6
    Klip 7
    Klip 8
    Klip 9 (Akhir)
    (Sumber: Marilyntkm, Verkulka & Norma26jeane)


    AN EVENING IN PARIS___

    Di Paris, dua anak muda Perancis berasal dari India sedang bercinta, Shyam atau Sam dan Roopa. Misteri dan tipu muslihat mengelilingi percintaan mereka. Roopa diculik dan disembunyikan oleh dalang penjenayah, Jack dan teman wanitanya, untuk memperolehi wang tebusan yang besar jumlahnya.

    Roopa mempunyai rupa paras yang serupa dengan Suzy, dan dia dihantar menggantikan tempat Roopa bagi memastikan wang diterima sewajarnya, manakala Roopa yang sebenar masih dalam tawanan. Sam menggunakan semua sumber yang ada untuk memastikan Roopa dibebaskan, tetapi dia menghadapi masalah apabila sukar membezakan antara Suzy dan Roopa.

    Pelakon: Shammi Kapoor, Sharmila Tagore, Pran, Sarita, K.N. Singh, Rajendranath, David, Surendranath dan M.B. Shetty.
    Pengarah: Shakti Samanta.


    (Sumber: Rajshri.com)


    SUPERMAN II___

    Memilih di mana "Superman: The Movie" berakhir sebelum ini, tiga penjenayah dari planet Kripton dibebaskan dari Zon Phantom oleh satu letupan nuklear di ruang angkasaraya. Mereka turun ke Bumi di mana mereka berjaya berkuasa dan memerintah.

    Superman pula jatuh cinta dengan Lois Lane, yang mendapat tahu dia adalah Superman. Lex Luthor berjaya melarikan diri dari penjara dan bergabung dengan tiga penjenayah planet Kripton itu untuk memusnahkan kekuatan Superman.

    Pelakon: Christopher Reeve, Gene Hackman, Terence Stamp, Ned Beatty, Jackie Cooper, Sarah Douglas, Margot Kidder, Jack O'Halloran, Valerie Perrine, Susannah York, Clifton James, E.G Marshall dan Marc MaClure.
    Pengarah: Richard Lester.

    (Sumber: Carebutless & Magicman982)


    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.



    ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI:


    FILEM KLASIK MALAYSIA

    berapa banyakkah yang masih ada?


    ROH MEMBELA
    kekuatannya special effect dan aziz sattar.



    P. RAMLEE

    apabila lagu-lagunya diorkestrakan.



    A.R. ISMAIL

    pergi dan hilangnya bersama angin.



    AHMAD MAHMUD

    anak malaysia pertama jadi produser filem.






    KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

    Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.





    Friday, May 11, 2012


    PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI


    # ARTIKEL INI, SEDANG DIKEMASKINI
    BERPERINGKAT-PERINGKAT




    Di Cari Di Kumpul & Di Susun
    Oleh MUSTAFAR A.R. & ZAINI YUSOP

    # Tidak semua yang meninggal dunia ada gambar




    JAFFAR SHAH
    (Singapura, 9 NOVEMBER 1951)
    Lahir: 1928 (Singapura)


    B.S. RAJHANS
    (Singapura, 31 MEI 1955)
    Lahir: 1905 (Kalkota, India)


    KHAIRUDIN
    (Singapura, FEBRUARI 1962)


    H.M. ROHAIZAD
    (Singapura, 1961)


    TIJAH (MISS TIJAH)
    (Singapura, 22 OKTOBER 1962)


    LOKE WAN THO
    (Taiwan, 20 JUN 1964)
    Lahir: 14 Jun 1915 (Kuala Lumpur, Malaysia)


    OSMAN AHMAD
    (Singapura, 30 NOVEMBER 1964)


    HUSSAIN HANIFF
    (Singapura, 4 APRIL 1966)
    Lahir: 1940 (Pakistan)


    M. ZAIN
    (Singapura, 31 JANUARI 1967)


    YUSOF B.
    (Singapura, 25 DISEMBER 1968)


    MUSTARJO
    (Singapura, 3 JANUARI 1970)


    MAK DARA
    (Singapura, 7 FEBRUARI 1970)


    USMAR ISMAIL
    (2 JANUARI 1971)
    Lahir: 20 Mac 1921 (Bukit Tinggi, Sumatra, Indonesia)


    NOORDIN AHMAD
    (Singapura, 15 JUN 1971)
    Lahir: 1932 (Seberang Perai, Pulau Pinang)


    PUSARA NOORDIN AHMAD
    * Tanah Perkuburan Bedok, Singapura


    AHMAD NISFU
    (Singapura, 25 JUN 1972)


    ALIAS CONGO
    (Singapura, 29 JULAI 1972)


    A.R. TOMPEL
    (Kuala Lumpur, 30 JANUARI 1973)
    Lahir: 24 Oktober 1918 (Tanjung Balai, Sumatra, Indonesia)


    PUSARA A.R. TOMPEL
    * Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


    P. RAMLEE
    (Kuala Lumpur, 29 MEI 1973)
    Lahir: 22 Mac 1929 (Pulau Pinang)


    PUSARA P.RAMLEE
    * Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


    OSMAN GUMANTI
    (Kuala Lumpur, 14 DISEMBER 1973)
    Lahir: 1916 (Mingangkabau, Sumatra, Indonesia)
    * Tanah Perkuburan Islam Petaling Jaya, Selangor


    MALEK SUTAN MUDA
    (Singapura, 20 OKTOBER 1974)


    R. AZMI
    (Klang, 28 FEBRUARI 1974)
    Lahir: 1923 (Kampong Linggi, Negeri Sembilan)
    * Pusara: Makam Di Raja, Klang, Selangor


    SA'AMAH
    (Mekah, 20 DISEMBER 1974)



    SHAIFUL BAHARI
    (Tokyo, 5 DISEMBER 1976)
    Lahir: 19 September 1924 (Payakumbah, Sumatra, Indonesia)



    SALIM BACHIK
    (Kuala Lumpur, 7 FEBRUARI 1977)


    FRED YOUNG
    (2 JUN 1977)


    NORMA YUZIE
    (Kuala Lumpur, 19 JULAI 1977)


    ZAHARAH AGUS
    (Pulau Pinang, 26 MAC 1978)


    SHARIFF DOL
    (Singapura, 28 APRIL 1979)


    MUSA AL-BAKRI
    (Kuala Lumpur 12 JULAI 1979)


    NOR KK
    (5 MEI 1980)


    MUSTAFFA YASSIN
    (Singapura, 12 OKTOBER 1980)
    Lahir: 1923 (Kota Raja, Acheh, Sumatra, Indonesia)


    RAHMAT ALI
    (Singapura, 15 MAC 1981)
    Lahir: 13 Januari 1917 (Medan, Sumatra, Indonesia)


    H.M. BUSRAH
    (Kuala Lumpur, 7 APRIL 1981)


    HO AH LOKE
    (Kuala Lumpur, 16 SEPTEMBER 1982)
    Lahir: 1901 (Papua New Guinea, Lautan Pasifik)


    HAJI MAHADI
    (Kuala Lumpur, 20 FEBRUARI 1983)
    Lahir: 1914 (Kampung Merbuk, Negeri Sembilan)


    PUSARA HAJI MAHADI
    * Makam Haji Mohd.Said Seremban, Negeri Sembilan


    SALOMA
    (Kuala Lumpur, 30 APRIL 1983)
    Lahir: 22 Januari 1935 (Singapura)


    PUSARA SALOMA
    * Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


    RENDRA KARNO
    (27 NOVEMBER 1983)
    Lahir: 7 Mei 1920 (Kutoarjo, Indonesia)


    RUNME SHAW
    (Singapura, 2 MAC 1985)
    Lahir: 1 Januari 1901 (Shanghai, China)


    SHARIFF BABU
    (Kuala Lumpur, 16 MEI 1985)


    MALEK SELAMAT
    (Singapura, 26 MAC 1986)
    Lahir: 13 Disember 1936 (Singapura)


    SUKARNO M. NOOR
    (26 JULAI 1986)
    Lahir: 13 September 1931 (Jakarta, Indonesia)


    SALLEH GHANI
    (Kuala Lumpur, 28 OGOS 1986)
    Lahir: 3 Disember 1923 (Muar, Johor)
    * Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


    ZUBIR SAID
    (Singapura, 16 NOVEMBER 1987)
    Lahir: 22 Julai 1907 (Bukit Tinggi, Sumatra, Indonesia)


    A.N. ALCAFF
    (22 DISEMBER 1987)
    Lahir: 17 Ogos 1925 (Jambi, Indonesia)


    ROSE YATIMAH
    (Kuala Lumpur, 14 DISEMBER 1987)
    Lahir: 17 November 1943 (Singapura)


    PUSARA ROSE YATIMAH
    * Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


    JAAFAR ABDULLAH
    (Kuala Lumpur, 2 JUN 1988)


    ANNIE JASMIN
    (Singapura, 29 OGOS 1988)


    MINAH YEM
    (Kuala Lumpur, 29 OKTOBER 1988)


    A.K. JAILANI
    (Kuala Lumpur, 31 OKTOBER 1988)


    S. KADARISMAN
    (Singapura, 17 FEBRUARI 1989)
    Lahir: 12 Mei 1922 (Singapura)


    ALFONSO SOLIANO
    (Kuala Lumpur, 16 JUN 1990)


    S. SUDARMADJI
    (Kuala Lumpur, 23 APRIL 1989)
    Lahir: 19 Jun 1923 (Yogyakarta, Indonesia)


    NORDIN ARSHAD
    (23 SEPTEMBER 1990)


    TUNKU ABDUL RAHMAN
    (6 DISEMBER 1990)
    Lahir: 8 Februari 1903 (Alor Setar, Kedah)



    PUSARA TUNKU ABDUL RAHMAN
    * Makam DiRaja Langgar, Alor Setar, Kedah


    RAMON A. ESTELLA
    (1991)


    LAMBERTO V. AVELLANA
    (25 APRIL 1991)
    Lahir: 12 Februari 1915 (Bontoc, Filipina)


    TITA DURAN
    (Manila, 2 DISEMBER 1991)
    Lahir: 1928 (Filipina)


    SUDIRMAN HAJI ARSHAD
    (Kuala Lumpur, 22 Februari 1992)
    Lahir: 25 Mei 1954 (Temerloh, Pahang)


    PUSARA SUDIRMAN HAJI ARSHAD
    * Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh, Pahang.


    RAHMAN B.
    (9 MAC 1992)


    A.RAHIM (Kuala Lumpur, 20 APRIL 1992)
    Lahir: 1930 (Kuala Kangsar, Perak)


    NORIZAN
    (Kuala Lumpur, 16 MEI 1992)
    Lahir: 1928 (Taiping, Perak)


    PUSARA NORIZAN
    * Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


    ZAINON FIJI
    (Singapura, 26 MEI 1992)


    SITI TG. PERAK
    (Singapura, 6 OGOS 1992)


    RAHMAH RAHMAT
    (Singapura, 29 MAC 1993)
    Lahir: 1943 (Medan, Sumatra, Indonesia)


    HABSAH
    (Singapura, 28 APRIL 1994)


    PHANI MAJUMDAR
    (16 MEI 1994)
    Lahir: 28 Disember 1911 (Kalkota, India)


    ROKIAH (HANAFI) WANDA
    (Singapura, 5 JULAI 1994)
    Lahir: 1926 (Muar, Johor)


    ISMAIL KASSIM
    (Singapura, 18 SEPTEMBER 1994)


    DICKY ZULKARNEAN
    (10 MEI 1995)
    Lahir: 12 Oktober 1939 (Jakarta)


    HAJI ARSHAD
    (26 OGOS 1995)
    Lahir: 21 Jun 1932 (Kuala Selangor, Selangor)


    ABDULLAH CHIK
    (Kota Baharu, 19 SEPTEMBER 1995)
    Lahir: 1 Disember 1934 (Melaka)


    B.N. RAO
    (18 JANUARI 1996)


    S.ROOMAI NOOR
    (Mekah, Arab Saudi, 16 MAC 1996)
    Lahir: 22 Februari 1923 (Temerloh, Pahang)


    IBRAHIM DIN
    (Kuala Lumpur,16 JUN 1996)


    PUSARA IBRAHIM DIN
    * Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


    ALI FIJI
    (Singapura, 16 SEPTEMBER 1996)


    OMAR ROJIK
    (Klang, 4 APRIL 1997)
    Lahir: 30 November 1923 (Alor Setar, Kedah)


    SHARIFF MEDAN
    (Shah Alam, Selangor, 4 OGOS 1997)
    Lahir: 1919 (Medan, Sumatra, Indonesia)


    JUNAIDAH
    (Jakarta, 1 APRIL 1998)


    PANCHO MAGALONA
    (Manila, APRIL 1998)
    Lahir: 1921 (Filipina)


    YUSOF LATIFF
    (Singapura, 12 JUN 1998)
    Lahir: 22 Jun 1922 (Singapura)
    * Tanah Perkuburan Islam Bidadari (Pusara Abadi), Singapura


    SALLEH KAMIL
    (Singapura, 4 JULAI 1998)
    Lahir: 24 April 1924 (Singapura)


    S.RAMANATHAN
    (7 MEI 1999)


    SIPUT SERAWAK
    (3 JUN 1999)
    Lahir: 1921 (Kuching, Sarawak)


    PUSARA SIPUT SERAWAK
    * Pusara Abadi, Jalan Bahar, Lim Chu Kang, Singapura


    ULASAN FK___

    DARI masa ke masa ajal akan menemui kita (manusia), sebagai hamba Allah. Selebriti Malaysia (pelakon, pengarah, penyanyi, pelawak dan sebagainya) tidak terkecuali.

    Yang terbaru Latiff Ibrahim yang diperkenalkan oleh M. Amin dalam filem "Satu Penentuan", meninggal dunia pada 20 Februari 2012.

    Sebagai menghormati dan memperingati jasa mereka terutama yang tertakluk kepada blog Filem Klasik Malaysia (FKM) ini, disenarai seberapa ramai yang boleh untuk renungan dan pengetahuan kita bersama.

    Jika terdaya dan termampu (kerja ini bukan perkara mudah), saya juga akan cuba mengabadikan (gambar) pusara mereka.

    Tidak semua, mereka yang telah pergi, tercatat tarikh yang tepat. Kadang-kadang cuma ada tahunnya saja seperti H.M.Rohaizad (1961) dan Ramon A. Estella (1991), sebagai contoh.

    Ramai juga mereka yang telah pergi, tetapi tidak diketahui langsung pemergian mereka antaranya, Ahmad Nisfu, K.M. Basker, Dhiresh Ghosh, Aman Belon dan Puteh Lawak.

    Dengan adanya ruangan (blog) ini, mana-mana yang tidak tepat tarikhnya diperbetulkan. Mana yang tidak ada tarikhnya yang lengkap diperlengkapkan. Mana yang tidak ada langsung tarikhnya cuba diperadakan.

    Dengan cara ini, dapatlah kita mengetahui dan mengingati bila, mereka pergi mengadap Tuhan yang maha Esa.

    Agak menarik, dan jarang-jarang berlaku, dua selebriti popular pergi di hari (tarikh) yang sama, Ibrahim Pendek dan Sharifah Hanim yang meninggal dunia pada 25 November 2003.

    Agak menarik juga, Saloma yang bersuamikan A.R. Tompel (kemudian bercerai) dan bersuamikan P. Ramlee (hingga ke akhir hayat) di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, pusara mereka sebelah menyebelah.

    Juga, disebelah menyebelah Norizan (isteri kedua P. Ramlee) dan anaknya bersama Junaidah, Nasir.

    Tidak jauh dari situ, terdapat pula pusara Rose Yatimah yang diperkenalkan oleh P. Ramlee dalam filem "Pendekar Bujang Lapok" dan Ibrahim Din yang membintangi filem-filem arahan P. Ramlee, "Do Re Mi", "Nasib Do Re Mi" dan "Laxmana Do Re Mi".

    Setakat yang diketahui, S.Roomai Noor meninggal dunia di Mekah. Begitu juga Sa'amah.

    Fatimah Ahmad meninggal dunia di Texas (tidak tahu pula di daerah mana), Amerika Syarikat, manakala Salmah Ibrahim di Padang, Indonesia.

    Osman Gumanti yang dikatakan meninggal dunia di Medan, Indonesia sebenarnya di Kuala Lumpur, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Petaling Jaya, Selangor.

    Diharap anda dapat memberikan kerjasama bagi memperlengkapkan lagi selebriti dan tarikh mereka yang telah pergi meninggalkan kita. E-mail saya atau catatkan diruangan komen.

    Kalau boleh, sertai juga gambar tanah perkuburan (pusara) tempat mereka disemadikan.

    SENARAI SELEBRITI MENINGGAL DUNIA MENGIKUT TAHUN___

    1951___
    * JAFFAR SHAH (9 November 1951)

    1955___
    * B.S. RAJHANS (31 Mei 1955)

    1960___
    * KHAIRUDIN (Mei 1960)

    1961___
    * H.M. ROHAIZAD (1961)

    1962____
    * TIJAH (22 Oktober 1962)

    1964___
    * LOKE WAN THO (20 Jun 1964)
    * OSMAN AHMAD (30 November 1964)

    1965___
    * NYONG ISMAIL (25 Ogos 1965)

    1966___
    * HUSSAIN HANIFF (4 April 1966)

    1967___
    * M. ZAIN (31 Januari 1967)

    1968___
    * YUSOF B. (25 Disember 1968)

    1970___
    * MUSTARJO (3 Januari 1970)
    * MAK DARA (7 Februari 1970)

    1971___
    * USMAR ISMAIL (2 Januari 1971)
    * NOORDIN AHMAD (13 Jun 1971)
    *AHMAD DADIDA (29 September 1971)

    1972___
    * AHMAD NISFU (25 Jun 1972)
    * ALIAS CONGO (29 Julai 1972)
    * AZIZ KING GODOBEL (20 Ogos 1972)

    1973___
    * A.R. TOMPEL (31 Januari 1973)
    * P. RAMLEE (29 Mei 1973)
    * A. BAKAR JAAFAR (22 November 1973)
    * OSMAN GUMANTI (14 Disember 1973)

    1974___
    * R. AZMI (28 Februari 1974)
    * MALEK SUTAN MUDA (20 Oktober 1974)
    * SA'AMAH (20 Disember 1974)

    1976___
    * BACHTIAR EFFENDI (1 April 1976)

    1977___
    * SALIM BACHIK (7 Februari 1977)
    * YUSOFF BUJANG (11 April 1977)
    * FRED YOUNG (2 Jun 1977)
    * NORMA YUZIE (19 Julai 1977)

    1978___
    * ZAHARAH AGUS (28 Mac 1978)

    1979___
    * SHARIFF DOL (28 April 1979)
    * SALLEH MELAN (16 Mei 1979)
    * MUSA Al-BAKRI (12 Julai 1979)

    1980___
    * UDO UMAR (20 Januari 1980)
    * AHMAD WAN YET (14 Jun 1980)
    * MUSTAFFA YASSIN (12 Oktober 1980)

    1981___
    * RAHMAT ALI (15 Mac 1981)
    * H.M. BUSRAH (7 April 1981)

    1982___
    * HO AH LOKE (16 September 1982)

    1983___
    * HAJI MAHADI (20 Februari 1983)
    * SALOMA (18 April 1983)
    * RENDRA KARNO (27 November 1983)

    1984___
    * DOLLAH DAGANG (6 Julai 1984)

    1985___
    * RUNME SHAW (2 Mac 1985)
    * SHARIFF BABU (16 Mei 1985)

    1986___
    * MALEK SELAMAT (26 Mac 1986)
    * SUKARNO M. NOOR (26 Julai 1986)
    * SALLEH GHANI (28 Ogos 1986)

    1987___
    * JASNI (7 Mei 1987)
    * ZUBIR SAID (16 November 1987)
    * ROSE YATIMAH (14 Disember 1987)

    1988___
    * JAAFAR ABDULLAH (2 Jun 1988)
    * ANNIE JASMIN (29 Ogos 1988)
    * MINAH YEM (29 Oktober 1988)
    * A.K. JAILANI (31 Oktober 1988)
    * AMRAN KENIT (29 disember 1988)

    1989___
    * S. KADARISMAN (17 Februari 1989)
    * S. SUDARMADJI (23 April 1989)

    1990___
    * MUSTAFA NOOR (5 Januari 1990)
    * ALFONSO SOLIANO (16 Jun 1990)
    * NORDIN ARSHAD (23 September 1990)

    1991___
    * RAMON A. ESTELLA (1991)
    * LAMBERTO V. AVELLANA (25 April 1991)
    * M. SUKI (11 Mei 1991)
    * TITA DURAN (2 Disember 1991)

    1992___
    * HALIM YATIM (29 Januari 1992)
    * SUDIRMAN HAJI ARSHAD (22 Februari 1992)
    * RAHMAN B. (9 MAC 1992)
    * MAK ENON (5 April 1992)
    * A. RAHIM (20 April 1992)
    * NORIZAN (16 Mei 1992)
    * ZAINON FIJI (26 Mei 1992)
    * SITI TG. PERAK (6 Ogos 1992)
    * KAMARIAH NOOR (23 September 1992)
    * OSMAN ABADI (20 Oktober 1992)

    1993___
    * RAHMAH RAHMAT (29 Mac 1993)

    1994___
    * DOLLAH SERAWAK (21 Mac 1994)
    * HABSAH (28 April 1994)
    * PHANI MAJUMDAR (16 Mei 1994)
    * ROKIAH (HANAFI) WANDA (5 Julai 1994)
    * KAMSANI (Ogos 1994)
    * ISMAIL KASSIM (18 September 1994)
    * YUSOF SURIYA (20 September 1994)

    1995___
    * S. AHMAD (30 Mac 1995)
    * DICKY ZULKARNEAN (10 Mei 1995)
    * HAJI ARSHAD (26 Ogos 1995)
    * R. JAAFAR (15 September 1995)
    * ABDULLAH CHIK (19 September 1995)

    1996___
    * B.N. RAO (18 Januari 1996)
    * SANDY SUWARDI (3 Februari 1996)
    * S.ROOMAI NOOR (5 Mac 1996)
    * IBRAHIM DIN (16 Julai 1996)
    * R. JAAFAR (15 September 1996)
    * ALI FIJI (16 September 1996)

    1997___
    * OMAR ROJIK (4 April 1997)
    * SHARIFF MEDAN (4 Ogos 1997)
    * RAHIM HAMID (23 September 1997)

    1998___
    * PANCHO MAGALONA (April 1998)
    * JUNAIDAH (1 April 1998)
    * YUSOF LATIFF (12 Jun 1998)
    * SALLEH KAMIL (4 Julai 1998)

    1999___
    * A. KARIM JAIS (10 April 1999)
    * S.RAMANATHAN (7 Mei 1999)
    * SIPUT SERAWAK (3 Jun 1999)
    * M.SHARIFF (7 Julai 1999)

    2000___
    * BROERY (7 April 2000)
    * RAJA ISMAIL (26 Mei 2000)
    * NORMADIAH (8 Ogos 2000)
    * HARUN HASSAN (2 September 2000)
    * AYAPPAN (21 Oktober 2000)
    * MOHAMMED ABDULLAH (16 Disember 2000)

    2001___
    * GHAZALI SUMANTRI (1 Januari 2001)
    * ZAIN AZMAN (18 Januari 2001)
    * A. RAMLIE (9 Mei 2001)
    * JAH MAHADI (31 Mei 2001)
    * FAZIDAH JONED (1 Jun 2001)
    * ZAITON HUSSEIN (4 Jun 2001)
    * M. OSMAN (28 Julai 2001)

    2002___
    * BAB MUSTAFFA (2002)
    * MAHMUD JUNE (13 Februari 2002)
    * RAFEAH BUANG (12 Julai 2002)

    2003___
    * M. AMIN (8 Januari 2003)
    * FAROUK AFERO (13 April 2003)
    * AHMAD DAUD (11 Jun 2003)
    * IBRAHIM PENDEK (25 November 2003)
    * SHARIFFAH HANIM (25 November 2003)

    2004___
    * ZAINUDDIN ZIMBO (19 Januari 2004)
    * FATIMAH AHMAD (30 April 2004)
    * AHMAD B. (3 Jun 2004)
    * KEMAT HASSAN (1 September 2004)
    * SITI MARIAM (3 Ogos 2004)
    * NORAN NORDIN (22 November 2004)
    * MUSALMAH (16 Disember 2004)

    2005___
    * ED OSMERA (2 Januari 2005)
    * BIBI YEM (19 Januari 2005)
    * ROSIAH CHIK (21 Januari 2005)
    * NORSIAH YEM (30 Januari 2005)
    * SA'ADIAH (26 Februari 2005)
    * BAT LATIFF (3 Mei 2005)
    * AZIZ JAAFAR (23 Jun 2005)
    * NORAINI HASHIM (9 Julai 2005)
    * NAS ACHNAS (5 Ogos 2005)
    * WANDLY YAZID (5 Ogos 2005)
    * A.RAZAK (27 September 2005)
    * ISMAIL DIN (5 Oktober 2005)

    2006___
    * S.JIBENG (7 Februari 2006)
    * TAUFIK HAJI ALI (13 September 2006)
    * SEHA (10 Oktober 2006)

    2007___
    * HAMZAH HUSSAIN (21 April 2007)
    * KASMA BOOTY (1 Jun 2007)
    * IZI YAHYA (25 Jun 2007)
    * TONY KASSIM (12 Ogos 2007)
    * HUSSAIN ABU HASSAN (26 November 2007)

    2008___
    * ALI RAHMAN (27 Mac 2008)
    * YAZID SOBRANI (17 Mac 2008)
    * YUSNI JAAFAR (1 April 2008)
    * SALIM I (24 April 2008)
    * AHMAD MAHMUD (27 Ogos 2008)
    * RAFFI HUSSAIN (14 Oktober 2008)
    * SABARUDIN P.RAMLEE (26 Oktober 2008)
    * SYED ALWI (30 November 2008)
    * NASIR P.RAMLEE (17 Disember 2008)

    2009___
    * SALMAH IBRAHIM (30 April 2009)
    * AHMAD JAAFAR (22 Mei 2009)
    * SHUKERY HASHIM (2 Jun 2009)
    * PARAM (14 Ogos 2009)
    * RAHIMAH ALIAS (30 Disember 2009)

    2010___
    * AHMAD C. (14 Januari 2010)
    * SITI ROHANI WAHID (11 Julai 2010)
    * MARIAM (9 Ogos 2010)
    * M. RAFEE (16 September 2010)
    * M.RAJOLI (17 September 2010)
    * TONY CASTELLO (13 Disember 2010)

    2011___
    * AIMI JARR (10 Mei 2011)
    * ORKID ABDULLAH (13 Mei 2011)
    * MAHYON ISMAIL (21 Mei 2011)
    * HASNAH HARON (11 Ogos 2011)
    * M.SHAHDAN (26 Ogos 2011)
    * AHMAD JAIS (11 Oktober 2011)

    2012___
    * LATIFF IBRAHIM (20 Februari 2012)
    * ISMAIL HARON (9 April 2012)
    * ZAMI ISMAIL (19 Jun 2012)
    * ISMAIL HUTSON (21 Julai 2012)
    * RAJA HAMIDAH (12 September 2012)
    * J. KAMISAH (21 November 2012)

    2013___
    * YAHYA SULONG (6 Februari 2013)
    * OMAR SUWITA (11 Februari 2013)
    * KUSWADINATA (16 Februari 2013)
    * AZIZAH MOHAMMAD (28 April 2013)
    * SALBIAH HARUN (1 Jun 2013)
    * S.SHAMSUDDIN (4 Jun 2013)
    * LATIFFAH OMAR (9 Jun 2013)
    * UMMI KALTHOUM (24 Julai 2013)
    * ROSNAH MOHD. NOOR (4 Ogos 2013)
    * MAIMON MUTALIB (7 September 2013)
    * NOREEN NOOR (22 Oktober 2013)
    * AHMAD BUSU (10 November 2013)
    * AZEAN IRDAWATI (17 Disember 2013)

    2014___
    * RUN RUN SHAW (7 Januari 2014)
    * KASSIM MASDOR (21 Januari 2014)
    * ALI MAMAK (27 Mac 2014)
    * HABIBAH YACOB (14 April 2014)
    * SIDEK HUSSAIN (27 April 2014)
    * KARTINA DAHARI (30 April 2014)
    * AZIZ SATTAR (6 Mei 2014)
    * JAMAL MUHAMMAD (7 Mei 2014)
    * ADAM AHMAD (15 Mei 2014)
    * H.M.SHAH (26 Mei 2014)
    * SHARIFAH AINI (5 Julai 2014)
    * NORSHAH THAMBY (30 Julai 2014)
    * JAMIL SULONG (25 September 2014)




    RAJA ISMAIL
    (26 MEI 2000)


    BROERY
    (7 APRIL 2000)
    Lahir: 25 Jun 1948 (Ambon, Maluku, Indonesia)


    NORMADIAH
    (Kuala Lumpur, 8 OGOS 2000)
    Lahir: 14 Ogos 1933 (Menado, Indonesia)


    GHAZALI SUMANTRI
    (Kulim, Kedah, 1 JANUARI 2001)
    Lahir: 1930 (Kulim, Kedah)


    JAH MAHADI
    (31 MEI 2001)


    M. OSMAN
    (Kuala Lumpur, 28 JULAI 2001)
    Lahir: 1941 (Segamat, Johor)


    BAB MUSTAFFA
    (Kuala Lumpur, 2002)
    Lahir: 30 Ogos ??? (Kampung Baru, Kuala Lumpur)


    MAHMUD JUNE
    (Kuala Lumpur, 13 FEBRUARI 2002)
    Lahir: 20 Januari 1920 (Alor Setar, Kedah)



    RAFEAH BUANG
    (Kuala Lumpur, 24 JULAI 2002)
    Lahir: 25 Julai 1947 (Singapura)


    PUSARA RAFEAH BUANG
    * Makam DiRaja Pekan, Pekan, Pahang


    M. AMIN
    (Kuala Lumpur, 8 JANUARI 2003)
    Lahir: 1 September 1924 (Kuala Kangsar, Perak)


    FAROUK AFERO
    (13 APRIL 2003)
    Lahir: 4 Julai 1939 (Pandon Bali, Pakistan)


    AHMAD DAUD
    (Kuala Lumpur, 11 JUN 2003)
    12 Mac 1932 (Pulau Pinang)


    PUSARA AHMAD DAUD
    * Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


    SHARIFAH HANIM
    (25 NOVEMBER 2003)


    IBRAHIM PENDEK
    (Kuala Lumpur, 25 NOVEMBER 2003)
    Lahir: 1935 (Taiping, Perak)


    ZAINUDDIN ZIMBO
    (Kuala Lumpur, 19 Januari 2004)


    FATIMAH AHMAD
    (Texas, USA, 30 APRIL 2004)
    Lahir: 1943 (Singapura)


    KEMAT HASSAN
    (Singapura, 1 SEPTEMBER 2004)


    NORAN NORDIN
    (22 NOVEMBER 2004)


    MUSALMAH
    (Singapura, 16 DISEMBER 2004)


    ED OSMERA
    (2 JANUARI 2005)
    Lahir: 1942 (Kampung Bunut Payung, Kelantan)


    ROSIAH CHIK
    (Kuala Lumpur, 21 JANUARI 2005)


    NORSIAH YEM
    (30 JANUARI 2005)


    SA'ADIAH
    (26 FEBRUARI 2005)
    Lahir: 10 Ogos 1937 (Singapura)
    * Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


    BAT LATIFF
    (Kuala Lumpur, 3 MEI 2005)
    Lahir: 10 Jun 1951 (Singapura)


    AZIZ JAAFAR
    (Kuala Lumpur, 23 JUN 2005)
    Lahir: 10 November 1935 (Singapura)



    NAS ACHNAS
    (Jakarta, 5 OGOS 2005)
    Lahir: 1926 (Padang Panjang, Sumatra, Indonesia)


    WANDLY YAZID
    (Singapura, 5 OGOS 2005)
    Lahir: 24 Februari 1925 (Bukit Tinggi, Sumatra, Indonesia)


    A. RAZAK
    (Kuala Lumpur, 27 SEPTEMBER 2005)


    HAMZAH HUSSAIN
    (Singapura, 21 APRIL 2007)


    KASMA BOOTY
    (Kuala Lumpur, 1 JUN 2007)
    Lahir: 1932 (Medan, Sumatra, Indonesia)
    * Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


    TONY KASSIM
    (Klang, 12 OGOS 2007)


    HUSSAIN ABU HASSAN
    (Kuala Lumpur, 26 NOVEMBER 2007)
    Lahir: 5 Mei 1937 (Alor Gajah, Melaka)


    PUSARA HUSSAIN ABU HASSAN
    * Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Kuala Lumpur


    ALI RAHMAN
    (Taiping, 27 MAC 2008)


    AHMAD MAHMUD
    (Kuala Lumpur, 27 OGOS 2008)
    Lahir: 17 Mac 1927 (Rembau, Negeri Sembilan)
    * Pusara: Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur


    SYED ALWI
    (Kuang, Selangor, 30 November 2008)
    Lahir: 29 Mac 1930 (Pondok Tanjung, Perak)
    * Pusara: Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur


    NASIR P. RAMLEE
    (Kuala Lumpur, 17 DISEMBER 2008)


    PUSARA NASIR P. RAMLEE
    * Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


    SALMAH IBRAHIM
    (Padang, Sumatra, 30 APRIL 2009)


    AHMAD JAAFAR
    (Singapura, 22 MEI 2009)
    Lahir: 30 Ogos 1919 (Binjai, Sumatra, Indonesia)


    AHMAD C.
    (Kota Tinggi, 14 JANUARI 2010)


    MARIAM
    (Singapura, 9 OGOS 2010)
    Lahir: 1935 (Singapura)


    M. RAFEE
    (Singapura, 16 SEPTEMBER 2010)


    TONY CASTELLO
    (Singapura, 13 DISEMBER 2010)
    Lahir: 13 Julai 1946 (Singapura)



    AIMI JARR
    (Kuala Lumpur, 10 MEI 2011)
    Lahir: 25 Julai 1939 (Kuala Terengganu, Terengganu)
    * Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur



    ORKID ABDULLAH
    (Kuala Lumpur, 13 MEI 2011)


    MAHYON ISMAIL
    (Kuala Lumpur, 21 MEI 2011)


    HASNAH HARON
    (Singapura, 11 Ogos 2011)


    M. SHAHDAN
    (Kuala Lumpur, 26 OGOS 2011)


    AHMAD JAIS
    (Kuala Lumpur, 11 OKTOBER 2011)
    Lahir: 1936 (Kapar, Klang, Selangor)


    LATIFF IBRAHIM
    (Kuala Lumpur, 20 FEBRUARI 2012)


    ISMAIL HUTSON
    (Kuala Lumpur, 21 JULAI 2012)


    RAJA HAMIDAH
    (Hulu Kelang, Kuala Lumpur, 12 SEPTEMBER 2012)
    Lahir: 9 Disember 1932 (Johor Bahru, Johor)
    * Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


    J. KAMISAH
    (Bukit Pasir Panjang, Singapura, 21 NOVEMBER 2012)
    Lahir: 1948 (Singapura)
    * Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Singapura


    2013___

    YAHYA SULONG
    (Kuala Lumpur, 6 FEBRUARI 2013)


    OMAR SUWITA
    (Singapura, 11 FEBRUARI 2013)



    KUSWADINATA
    (Kuala Lumpur, 16 FEBRUARI 2013)
    Lahir: 8 September 1938 (Jalan Thomson, Singapura)


    SALBIAH HARUN
    (Melaka, 1 JUN 2013)

    Lahir: 12 Mei 1930 (Singapura)



    S.SHAMSUDDIN
    (Singapura, 4 JUN 2013)
    Lahir: 1 Januari 1929 (Pasir Panjang, Singapura)
    * Pusara: Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Singapore



    LATIFFAH OMAR
    (Kuala Lumpur, 9 JUN 2013)
    Lahir: 26 Mac 1939 (Kampung Baru, Kuala Lumpur)


    PUSARA LATIFFAH OMAR
    * Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat,
    Kuala Lumpur


    UMMI KALTHOUM
    (Kuala Lumpur, 24 JULAI 2013)
    Lahir: 18 Oktober 1934 (Lenggeng, Negeri Sembilan)

    * Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


    ROSNAH MOHD. NOOR
    (Kuala Lumpur, 8 OGOS 2013)
    Lahir: 8 Mei 1959 (Pasir Putih, Kelantan)

    * Pusara: Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya, Selangor


    NOREEN NOOR
    (Kuala Lumpur, 22 OKTOBER 2013)
    Lahir: 1961 (Singapura)

    * Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Serkam, Melaka


    AZEAN IRDAWATI
    (Kuala Lumpur, 17 DISEMBER 2013)
    Lahir: 1950 (Alor Star, Kedah)
    * Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur


    2014___

    RUN RUN SHAW
    (Hong Kong, 7 JANUARI 2014)
    Lahir: 23 November 1917 (Shanghai, China)


    KASSIM MASDOR
    (Singapura, 21 JANUARI 2014)
    Lahir: 19 September 1938 (St. Georges Road, Singapura)


    HABIBAH YAACOB
    (Selayang, Selangor 14 APRIL 2014)
    Lahir: Kampung Mahkota, Batu Caves, Selangor (1948)
    * Tanah Perkuburan Sungai Tua, Batu Caves, Selangor


    SIDEK HUSSAIN
    (Kuala Lumpur, 27 APRIL 2014)
    * Tanah Perkuburan Islam Kuang, Selangor


    KARTINA DAHARI
    (Singapura, 30 APRIL 2014)
    Lahir: 14 November 1941 (Singapura)


    AZIZ SATTAR (Kajang, Selangor, 6 MEI 2014)
    Lahir: 8 Ogos 1925 (Pekalongan, Indonesia)
    Pusara: Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana,
    Kuala Lumpur


    JAMAL MUHAMMAD
    (Putrajaya, 7 MEI 2014)
    Lahir: 1939 (Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur)


    H.M. SHAH
    (Guangzhou, China, 26 MEI 2014)
    * Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


    SHARIFAH AINI
    (Damansara, Kuala Lumpur, 5 JULAI 2014)
    Lahir: 2 Julai 1953 (Johor Bahru, Johor)
    * Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur


    NORSHAH THAMBY
    (Kuala Lumpur, 30 JULAI 2014)


    JAMIL SULONG
    (Bukit Damansara, Kuala Lumpur, 25 SEPTEMBER 2014)
    Lahir: 6 Ogos 1926 (Parit Sulong, Batu Pahat, Johor)
    * Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang



    DESKRIPSI___

    * Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Pertama Malaysia (31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970) bukanlah orang filem, tetapi dua karyanya telah dijadikan filem - "Mahsuri" yang diarahkan oleh B.N. Rao dan "Raja Bersiong" arahan Jamil Sulong.
    * Runme Shaw (abang Run Run Shaw) dalam keadaan tidak sedarkan diri (coma) selama lima bulan sebelum meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
    * Loke Wan Tho, jutawan Pertubuhan Cathay (juga Cathay Keris Film), meninggal dunia akibat kemalangan kapalterbang di Taiwan ketika menghadiri Festival Filem Asia-Pasifik di Taipei.
    * B.S. Rajhans merupakan pengarah filem Melayu pertama ("Leila Majnun') dan meninggal dunia dalam kereta kerana diserang sakit jantung ketika hendak ke pejabat.
    * Jaffar Shah, meninggal dunia ketika umurnya masih muda, 23 tahun. Motosikalnya terlibat dalam kemalangan jalanraya di Mountbatten Road, Singapura. Tiga filem yang dibintanginya, "Manusia", "Shorga Dunia" dan "Aladdin."
    * Osman Gumanti (hero), P. Ramlee dan A.R. Tompel (meninggal dunia pada tahun 1973) bersama membintangi filem "Aloha", dengan heroinenya Mariam.
    * Yusof Latiff (hero filem "Kipas Hikmat") telah dikecam hebat oleh ramai peminatnya apabila dia berpelukan melampau dengan Rosnani dalam "Chemburu" yang diarahkan oleh S. Ramanathan.
    * Zubir Said (namanya turut diabadikan disebatang jalan di Orchid Road, berhampiran bangunan Cathay) ialah pencipta dan penggubah lagu Kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura".
    * R. Azmi dan Rokiah Hanafi (meninggal dunia pada tahun 1974) sering berpadusuara merakamkan lagu-lagu (satu antaranya "Di Bawah Sinar Bulan Purnama") ke piringhitam.
    * Ismail Kassim, pelakon filem "Pelangi dan suami Nona Asiah, meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya apabila skuternya dilanggar kereta di Kheam Hock Road, Singapura.
    * Lamberto V. Avellana (pengarah "Sergeant Hassan", filem perang) dan Ramon A. Estella ("Mata Hari", juga filem perang) meninggal dunia pada tahun yang sama, 1991.
    * Usmar Ismail menggunakan nama P.L. Kapur sebagai pengarah filem "Korban Fitnah", dan dia juga mengarahkan "Bayangan Di Waktu Fajar" tetapi meletakkan namanya sendiri, Usmar Ismail.
    * A.Razak, penulis cerita "Pontianak", "Mata Hari", "Anak Pontianak", "Gergasi" dan "Melanchong Ka-Tokyo", pernah beristerikan Maria Menado dan Musalmah, pelakon filem "Antara Senyum Dan Tangis".
    * Ibrahim Pendek, satu-satunya selebriti Malaysia pernah berlakon di Hollywood, filemnya "The Sprial Road" (penggambarannya banyak dilakukan di Hawaii) dan berlakon disamping Rock Hudson, Burl Ives dan Gena Rowlands.
    * P.Ramlee, Norizan (isteri kedua) dan Saloma (isteri ketiga) dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Norizan juga pernah bersuamikan Sultan Perak dan Abdullah Chik.
    * P. Ramlee (Do), A.R. Tompel (Re) dan Ibrahim Din (Mi) yang membintangi "Do Re Mi", "Nasib Do Re Mi" dan "Laxmana Do Re Mi" dikebumikan di tanah perkuburan yang sama, Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
    * Pusara Nasir P. Ramlee dibina atas sumbangan wang yang diberikan oleh Aziz Sattar dan Mustafar A.R. (bagi pihak MZA Terbit Enterprise, penerbit buku "Filem-Filem P. Ramlee").
    * S.Roomai Noor (filem arahannya yang pertama "Adam") meninggal dunia di Mekah, Arab Saudi. Begitu juga Sa'amah. Salmah Ibrahim di Padang, Sumatera dan Junaidah di Jakarta.
    * Fatimah Ahmad (filem popularnya "Dang Anom"), satu-satunya selebriti Malaysia meninggal dunia di Amerika Syarikat (Texas), pernah bersuamikan Hussain Haniff.
    * H.M. Busrah, tiupan trumpetnya memekakkan teliga ("Seniman Bujang Lapok"), meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke Semenyih selepas menghadiri perasmian pembukaan Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
    * Jenazah A.Rahim (suami Junainah) dan Norizan, terlebih dulu dibawa ke Finas (solat dan mandi), sebelum di bawa ke Singapura (A. Rahim) dan ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur (Norizan).
    * Jaafar Abdullah, lama bertugas dengan MFP sebagai Pegawai Penerangan dan penerbit Majalah Filem, juga pernah beristerikan Rokiah, pelakon filem "Putus Harapan", dan ayah tiri kepada A. Galak.
    * Haji Mahadi, pengarah filem "Permata Di-Perlimbahan", merupakan satu-satunya selebriti popular di kebumikan di Makam Haji Mohd. Said Seremban, Negeri Sembilan. Haji Mohd. Said ialah ayah Haji Mahadi.
    * Malek Selamat, sebelum menjadi pelakon (filem pertamanya "Raja Bersiong" keluaran Maria Menado Production), terkenal sebagai jaguh lumba basikal.
    * Sebagai hero Hussain Abu Hassan tidak begitu berkrisma, tetapi dia banyak membintangi filem-filem luar negara termasuk Hong Kong, Filipina dan Australia.
    * Shariff Medan (hero filem color "Buloh Perindu") meninggal dunia sebelum sempat menerima anugerah di Malam Seniman di Shah Alam, Selangor.
    * Ahmad Jais terkenal sebagai penyanyi, dan pernah berlakon dalam "Dara-Kula" yang diarahkan oleh Mat Sentol. Dia juga turut berlakon filem "Si Badol" arahan Aziz Sattar.
    * Rose Yatimah (diperkenalkan oleh P. Ramlee dalam "Pendekar Bujang Lapok") turut bersama P. Ramlee disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
    * Rahmah Rahmat, suatu ketika pernah beributirikan Latiffah Omar apabila ayahnya (pemusik Rahmat Ali, juga suami Sa'amah) berkahwin dengan pelakon filem "Gurindam Jiwa" itu. Dia juga pernah bersuamikan Jins Shamsudin.
    * B.N. Rao merupakan pengarah yang bertanggungjawab membawa kejayaan box office luar biasa filem "Pontianak" yang dibintangi oleh Maria Menado, M. Amin, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof.
    * Ed Osmera sepatutnya berlakon dalam "Lain Jalan Ka-Shorga" arahan Jamil Sulong (sudahpun dilakukan penggambaran), tetapi apabila tiba-tiba dia jatuh sakit tempatnya digantikan dengan Gaas Shariff.
    * Tony Castello dan Bat Latiff, sama-sama pernah memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik. Tony, "Anak-Ku Sazali", Bat pula, "Lela Manja" dan "Gerhana".
    * Haji Arshad menjadi popular apabila dia menggantikan tempat Mahmud June yang menolak pelawaan M. Amin untuk berlakon dalam filem arahannya yang pertama, "Lanchang Kuning".
    * Minah Yem (terkenal juga dengan nama Minah Ketot), isteri Yem juga ibu kepada Norsiah Yem.
    * Hamzah Hussain, pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan Cathay Keris Film, penulis novel "Rumah Itu Dunia Aku" yang kemudian dijadikan filem dengan tajuk yang sama dan diarahkan oleh M. Amin.
    * Alfonso Soliano, turut terlibat (musik) dengan filem "Chinta" bersama Zubir Said, merupakan pemusik yang bertanggungjawab mengwujudkan Orkestra RTM apabila dia memimpin bermula dengan 13 pemusik. Dia pemimpin pertama Orkestra RTM kemudian disusuli pula Johari Salleh.
    * Musalmah, yang terkenal dengan peranan jahatnya di MFP antaranya "Miskin" dan "Putus Harapan", pernah bersuamikan A. Razak (bekas suami Maria Menado) dan penyanyi Kamsani hingga ke akhir hayat.
    * Fred Young, dari Indonesia hanya mengarah satu filem saja di Malaysia, "Jauh Di Mata" yang dibintangi oleh Abdullah Chik dan Sophia Ibrahim. Di Indonesia dia mengarah banyak filem antaranya "Sapu Tangan", "Puteri Solo" dan "Jembatan Merah".
    * Tony Kassim, diperkenalkan oleh M. Amin dalam filem "Rumah Itu Dunia Aku", ramai yang menyangka dilahirkan di Singapura, tetapi sebenarnya di Kampung Raja Uda, Klang, Selangor.
    * Bab Mustaffa, yang telah memperlihatkan lakonan mantap dalam "Gelora" yang diarahkan oleh P. Ramlee, merupakan adik kepada Rosmawati yang turut membintangi filem "Si Tora Harimau Jadian".
    * Rendra Karno, berlakon bersama Latiffah Omar dalam "Bayangan Di Waktu Fajar" dan Maria Menado dalam "Hilang Gelap Datang Terang", pemenang anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik kerana lakonannya dalam "Bayangan Di Waktu Fajar".
    * Sukarno M. Noor, yang membintangi filem "Korban Fitnah" bersama Maria Menado dan Siput Serawak, merupakan ayah kepada pelakon popular Indonesia, Rano Karno.
    * Salim Bachik, tidak banyak berlakon filem antaranya "Jefri Zain Dalam Gerak Kilat" dan "Dosa Wanita", ialah ayah kepada pelawak Harun Salim Bachik.
    * Shariff Babu, banyak membintangi filem-filem keluaran Merdeka Studio antaranya "Anak Bapak", "Gerimis" dan "6 Jahanam", tetapi paling menarik peranannya sebagai Sarjan dalam "Ahmad Albab", apabila dia berjaya menakutkan Tony Azman dan Karim Latiff dengan batu bukannya dengan pistol.
    * Nordin Arshad, bertugas sebagai penolong pengarah di MFP, pernah membintangi filem "Antara Dua Darjat" arahan P. Ramlee dan "Nora Zain Ajen Wanita 001" bersama Sa'adiah dan Aziz Jaafar yang dibuat penggambarannya di Hong Kong.
    * Norsiah Yem, sebagai heroine Mustapha Maarof dalam "Salah Sangka" dan berperanan garang dalam "Selendang Delima" beribubapakan Yem dan Minah Yem dan ibu kepada Ebby Saifullah yang turut membintangi "Jangan Tinggal Daku" dan "Ali Setan".
    * Annie Jasmin, memang terkenal dengan watak-watak komidinya telah membintangi banyak filem di MFP dan Cathay Keris (tidak Merdeka Studio), antaranya yang berkesan "Pendekar Bujang Lapok", "Sergeant Hassan," "Che Mamat Parang Tumpol" dan "Gila Talak".
    * M.Shahdan, pernah berlakon memegang peranan utama dalam filem "Hati Batu" (1973) berheroinekan Latiffah Omar. Dia juga membintangi banyak filem Merdeka Film Productions termasuk "Cinta Dan Lagu" (1976) bersama Hail Amir, Noor Azizah dan Yusof Haslam.
    * Norma Yuzie, terkenal dengan keseksiaannya. Dia yang turut berlakon dalam "Cinta Dan Lagu" dan "Pendekar" meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta di Batu 2, Jalan Gombak, Kuala Lumpur iaitu tidak jauh dari tempat kemalangan kereta yang dialami oleh A.R. Tompel.
    * Aimi Jarr, yang pernah ditampar oleh Hussain Haniff kerana mengkritik filem arahannya "Dang Anom", juga penolong pengarah filem "Fajar Menyinseng" yang dibintangi oleh Abdullah Chik, Nor Asmah dan Mustapha Maarof.
    * Rafeah Buang lebih terkenal sebagai penyanyi berbanding pelakon. Dua lagu popular nyanyiannya terdapat dalam dua filem - "Gurindam Jiwa" ("Gurindam Jiwa") berpadusuara dengan R. Ismail dan "Lampong Karam" ("Suka Sama Suka") berduet dengan Omar Suwita.
    * Orkid Abdullah juga penyanyi popular. Dia turut menyanyi dalam filem "A Go Go 67" yang diarahkan oleh Omar Rojik dengan menyanyikan lagu "Ikatan Janji" berpadusuara dengan M. Fadzil dan diiringi oleh kugiran Les Coasters.
    * Rahim Hamid, lebih terkenal sebagai pemusik/penyanyi dibandingkan pelakon dan pernah digelar 'Nat King Cole Malaya'. Peranannya di Cathay Keris biasanya menyelenggarakan musik, dan salah satu lakonannya dapat dilihat dalam filem "Tun Fatimah". Dia juga suami seniwati Mariam dan bapa penyanyi Rahimah Rahim.
    * Rahman B. penulis cerita "Lela Satria" arahan S. Roomai Noor. Dia juga pengarah "Bila Hati Telah Retak' yang dibintangi Rubiah Suparman. Dan juga menyanyi dua lagu berpadusuara dengan Rosiah Chik dalam "Dang Anom".
    * Salbiah Harun, pernah berlakun dalam beberapa filem Nusantara termasuk "Norma" dan "Chinta Murni". Adik kepada S. Kadarisman dan anak saudara Dol Ramli, juga penyanyi dan suaranya telah digunakan oleh Mariam menyanyikan lagu "Cinta Abadi" bersama P. Ramlee dalam "Abu Hassan Penchuri". Antara lagu-lagu yang pernah dirakamkannya ke piringhitam "Janji Membawa Akibat" dan "Bertepuk Tangan". Dia juga turut meminjamkan suaranya untuk Sa'adiah dalam "Kembali Saorang".
    * Norshah Thamby, berperanan besar dalam gelanggang seni. Seorang wartawan, dan merupakan salah seorang pengasas Festival Filem Malaysia dan terkenal dengan ruangan pojoknya, "Korner Baring", dalam majalah URTV.


    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.