Tuesday, April 17, 2012


CERITA PENDEK MAT SENTOL

Lucu Dan ????? Mungkin Ramai Yang Tidak Tahu


OLEH MAT SENTOL

DI SANA rumah Asmah, di belakang rumahnya, rumah Maimon dan Zaharah menyewa disebelah biliknya. Di kanan rumah Ramlah, tersergam sebuah rumah yang agak istimewa potongannya.

Kalau berdiri dari tingkap rumah yang istimewa itu nampaklah rumah aku yang memakai air condition dari langit! Aku katakan begitu sebab atap rumahku itu berlubang-lubang, dindingnya pula penuh dengan istana anai-anai.

Aku pun hairan mengapa anai-anai ini suka tinggal bersama-sama aku? Padahal rumah Badariah yang aku katakan istimewa itu, anak semut pun tak mau merayap didindingnya.

Biarlah orang lain kaya dengan harta benda wang ringgit, tapi aku cukuplah dengan kaya semut anai-anai.

Sebaliknya adakah rumah yang istimewa itu akan tetap diduduki oleh Pak Man, Mak Mah dan Badariah yang menjadi lampu hatiku itu?

Tidak! tidak!... sebab rumah istimewa itu bukanlah rumah Pak Man sendiri, hanyalah dia menyewa dari hak taukeh Ah Meng.

Jikalau taukeh Ah Meng hendak memakai rumahnya terpaksalah Pak Man mengundurkan diri dari istana permai itu. Tak dapat tidak Badariah, lampu hatiku, pun ikut bersama ayah dan ibunya.

Tentu pula gelap kampung ini buat aku dan aku terpaksa keluar dari rumahku.

Jikalau sang maharaja anai-anai telah memperluaskan kuasanya disuatu kawasan dinding..., sebelum sang maharaja anai-anai dan askar-askarnya mengambil tindakan, aku telah mengambil keputusan hendak memperbesarkan kuasa jiwaku supaya aku dapat memiliki sebuah istana sebagaimana taukeh Ah Meng memberi tumpangan kepada Pak Man!!!

Aku manusia biasa, mengapa tak boleh? Sedangkan binatang semut anai-anai yang kecil itu jiwanya besar, bekerja siang dan malam tak tau penat lelah, sehingga ia sanggup mengusir aku dari rumah aku sendiri untuk bermaharajalela.

Kebetulan pada saat itu juga, sedang aku berangan-angan seorang, aku lihat Atan, adik Badariah, berdiri tercegat ditangga sambil menunjukkn sehelai sampul surat yang berat ku rasa. Tak lengah lagi aku seluk saku aku menghulurkan wang saguhati 20 sen kepada posman Badariah itu.

Layangan yang semerbak harum itu aku buka terkembar bersama sehelai saputangan yang bersulam dengan rangkaian dua huruf RB yang bermakna namaku dan Badariah. Tetapi apabila aku buka pula lipatan lembaran itu aku ternampak dalam banyak-banyak huruf itu, huruf "bercerai kasih" yang ditulis dengan dakwat merah.

Dengan itu terus putuslah rasanya harapan hatiku hendak menatap dengan sepenuh mesra. Semakin kuat hatiku hendak meninggalkan kampung yang akan diliputi oleh senja yang tak bercahaya ini.

Biarlah aku meninggalkan Badariah sebelum aku menyaksikan dia bersanding berdua dipelamin dengan pasangannya. Aku tak dapat memberi perkataan penghabisan kepada Badariah kerana posmannya sudah balik.


BADARIAH






Hanyalah aku tutup tingkap bilikku kerana ini menjadi suatu isyarat kepada Badariah, jika aku tak ada dirumah tingkap bilikku sentiasa tertutup.

Setelah beberapa jam naik kereta sewa, pada jam 12 tengahhari aku telah sampai di bandaraya yang permai "Singapura". Tempat harapan untuk menegakkan segala cita-citaku.

Aku tak lengah membalas lembaran Badariah dengan ucapan "Selamat Pengantin Baru" dan aku kembarkan bersama-sama dengan 32 carik kertas yang bertulis "Selamat Malam", sewaktu Badariah belajar malam dengan aku di kampung dulu.

Aku pun tidak mengerti mengapa Badariah memberi "Selamat Malam" dengan tulisan yang ditinggalkan di atas mejaku. Soalan ini sengaja aku pendamkan.

Selepas setahun aku bekerja, dapatlah aku cuti seminggu. Inilah peluang aku balik ke kampung kerana melihat orang lama, lebih-lebih lagi aku telah merindukan ayah bondaku, juga kepada tiap-tiap pinang yang aku tinggalkan selama setahun.
Setibanya aku distesen aku lihat adikku, Salleh, datang berlari-lari menerkam aku menyambut bekalan baju yang ku hiaskan di dalam sebuah beg yang bertulis di luarnya "R Moon". Sengaja aku tulis agar Badariah ternampak.

Tetapi aku tak puas hati jika balik dengan tangan kosong saja. Singgahlah aku di kedai seberang jalan itu untuk membeli sedikit buah tangan.

Tak semena-mena Salleh menyatakan kepada aku, Mak Mah sudah pindah dengan menantunya baru lima hari selepas Badariah kahwin.

"Bila Badariah melangsungkan?" Aku mengulangi pertanyaan kepada Salleh.

"Baru dua bulan, dengan budak askar."

"Di mana rumahnya".

Aku pura-pura menguatkan kasih sayang aku kepada Atan kerana Salleh tahu, jika aku beli buah tangan ini memang untuk anak Pak Man dan Mak Mah itu.

Melihat keadaan aku, Salleh pun menjawab...

"Dekat Batu Empat sebelah masjid, betul-betul bertentangan dengan paip merah."

Aku pun melambai teksi lalu menuju ke rumahku. Kali ini ku rasa sunyi betul anggapan ku dulu.

Maimon dah kahwin, Zaharah kahwin, Ramlah pun sudah dilarikan jantan, tinggal anak Pak Long si Latifah. Kata orang, budak Tifah ini pun sudah ditebuk tupai, entahlah...


Macam itu ketat Pak Long menjaga anaknya akhirnya gunting juga makan lipatan. Tinggallah kelapa busuk di pokok menanti mangsanya.

Selepas aku mandi dan kali ini pakaian aku agaknya berubah dari dulu, dari pakaian pemuda-pemuda kampung. Apalagi aku dah pandai memakai 'yangkee style' lagu "Pemuda Singapura", terus aku menuju ke Batu Empat ke alamat yang diberikan adikku Salleh.

Sampai saja aku di masjid berhadapan paip merah Batu Empat, aku pun turun menuju ke sebuah rumah yang memang benar rumah Badariah, tak payah aku tanya orang-orang di situ, aku faham sendiri dengan pedoman ku. Kerana pokok-pokok bunga yang dihiasi dalam pasu sentiasa teratur di atas para-para dihadapan rumahnya.

Tetapi mengapa pula tingkap-tingkap rumah itu bertutup rapat, semuanya? Hatiku mulalah tawar, tetapi aku cuba menghalakan pandanganku ke belakang... hah!... itu aku lihat pintunya renggang dan dapurnya berasap.

Aku mulakan kalimat perkataanku "Assalammulaikum", tak lengah suara aku dijawab dari dalam... Amboi dengar suaranya pun seringgit dua puluh sen pada Cina, pulang tambang teksi, yang ku bayar tadi.

Pintu pun di tolak dari dalam, "Cikgu!! masuk Cikgu", dengan suara yang lemah dan air muka yang berseri-seri Badariah menyambut kedatangan ku. Memang dia adik beradik memanggil aku Cikgu.

Kali ini aku lihat Badariah sudah tak sipu-sipu atau malu-malu berbual dengan aku. Aku pun tak sedap hati kerana ku lihat rumahnya tiada siapa-siapa hanyalah dia seorang. Aku juga membuat soalan:

"Di mana mak... Yah?"

Mak dengan adik dan abang Suf pergi ke Melaka... Yah tak mahu pergi. Yah bencilah dengan mak abang Suf, orangnya sombong, bengis saja".


MAIMON & ZAHARAH

RAMLAH & LATIFAH

Dari sini aku mengetahui mak abang Suf yang dimaksudkan itu ialah mertuanya, dan Yusuf adalah suaminya, begitu juga pada aku Yusuf adalah musuhku mengikut kata budak-budak.

Jikalau makku diambil orang aku dapat bapak tiri, kakakku diambil orang aku dapat abang ipar begitu juga adikku diambil orang aku dapat adik ipar, tetapi jikalau kekasihku diambil orang... tentulah mereka aku cap sebagai musuhku yang besar!

Tak dapat tanduk telinga aku pulas. Angin diperutku mulalah naik ke mata terus ke dalam-dalam otak langsung aku terdiam...

Badariah menyabungkan lagi perkataannya: "Yah kahwin dengannya pun mak yang memaksa dan abang Suf kahwin dengan Yah pun maknya tak tahu sama sekali, inilah maknya memandang Yah seperti musuh," sambil Badariah mengangkat hidangan kuih hari raya ditempatkan dalam hidangan.

Sedang aku mengalu-alu angin-angin yang ada di dalam otak aku yang sempit ini, kedengaran oleh ku suara halus dari dalam bilik:

Minumlah air itu Cikgu, dan rasalah kuih patah hati."

Terperanjat pula aku dengar ada kuih patah hati pula, aku pun menjawab pelawaan Badariah dengan ketawa-ketawa kecil:

"Ho, Yah pandai juga buat kuih patah hati!... Mengapa Yah tak buat kuih putus harapan?

Aku dengar ketawa-ketawa kecil membalas dari dalam, aku pun minum dan makan kuih yang dikatakan patah hati itu iaitu kuih bangkit yang patah-patah rupanya. Sedang aku terkunyah-kunyah aku dengar suara Badariah merungut-rungut.

"Rumah ni ada radio pun tak guna, sudahlah baterinya dua biji, suaranya halus, jarumnya pun halus tak berasa...

Aku pun heran, radio mana memakai bateri dua biji ada jarum halus pula.

Perkataan Badariah dalam maksudnya, aku tak puas hati. Nak jawab juga akan perkataan itu.

"Biarlah jarumnya halus Yah, asalkan kuat bunyinya."

Badariah menjawab dengan tegasnya lagi, "Kalau jarumnya halus apa yang dirasakan Cikgu?..."

Aku cuba memegang perkataan Badariah lagi. "I mengajak you ke Singapura, you mengajak I ke Bangkok..."

Cepat Badariah menjawab, "Bukan bagus Cikgu kita pergi negeri yang belum kita pergi dan belum kita rasa hawanya. Kalau Singapura Yah biasa pergi hanya dengan naik kereta api. Tetapi kalau Cikgu hendak ke Bangkok naik kapal terbang barulah sesuai."

Aku memegang lagi perkataan Badariah dan kali ini jikalau betul sebagai jawapan yang ku simpan didalam hatiku alamat Badariah kenalah. "I tak pandai naik kapal terbanglah, Yah!"

"Oh, kalau tak pandai marilah Yah ajarkan..."

Air yang ku minum sudah tak terasa lagi, apalagi kalam rakyat yang ku kepit-kepit telah keras, merah padam mukanya, walau matanya satu tetapi pandai juga dia memilih mangsanya untuk aku. Untuk orang lain aku tak tahu. Aku pun bertanya lagi:

"Mana Yah belajar?"

"Bukankah Cikgu tahu selama dua bulan Yah dalam traning, belum lagi masuk periksa. Kalau hendak belajar marilah Yah ajarkan. Buka saja sayapnya, bila dah kembang masukkan saja gear satu. Kalau tak masuk sapu minyak grease sedikit dikepalanya."

Bila aku dengar perkataan Badariah itu tak sedar kaki aku melangkah anak-anak tangga terus menuju... menuju dimana bilik tempat suara itu berbunyi.

Wah! kali ini ku lihat Badariah luar biasa, sedang terlentang di katilnya dengan tidak dilindungi oleh seurat benang pun, ku lihat apelnya tergantung dicelah dahan dibawah lerengan bukit itu pula terletak sebuah telaga buta...

Di depan telaga itu pula ku lihat ada rumput-rumput baru hendak tumbuh, memang padang dibela untuk kapal terang naik. Dibawah padang itu, sedikit ku lihat ada tembuk putih melepak rasa ku hendak baring ditembuk itu.

Ditengah-tengah tembuk itu ku lihat ada sebuah kolam... Wah! jernih betul airnya. Aku tak tahan lagi melihatnya apalagi awang aku menolak-nolakkan aku ke tepi kolam itu, aku pun buka saja baju, seluar terus terjun kepala dulu.

Amboi sejuknya aku didalam kolam ini. Rasaku tak mahu timbul lagi, ketengah salah ketepi salah keatas pun salah, makin kebawah selalu tak tahan, aku lalu termuntah-muntah, ku rasa tubuhku telah dipeluk oleh Badariah dan pinggangku dikepitnya dengan pehanya. Setakat ini aku sudah tak berdaya lagi.

Sebentar lagi, ku dengar orang membuka pintu tetapi badan ku tak berdaya, suara tapak kaki semakin dekat... tap! suis lampu dibuka orang. Ku lihat tersergam manusia dipintu dengan sebungkus opset.

Tak lengah lagi aku pun bangun dari tidurku dengan keadaan lesu. Aku rasa seluar dalamku basah...

Rupa-rupanya, aku bermimpi.

Mustapha ketawakan aku. "Ha! ha!... Engkau selalu merepek, pergi mandi!!! Ini mi yang aku janjikan.

"Orang kata kahwin... kahwin lekas dia tak mahu", Mustapha menghalakan perkataan itu kepadaku.

"Ini bukankah sia-sia saja, engkau ditipu oleh mimpi?"

Aku diamkan saja terus pergi mandi. Lepas makan mi, aku pun tidur semula.






FAKTA___

* Cerita pendek ini telah disiarkan oleh majalah ANEKA WARNA (Bilangan 46, tulisan jawi) keluaran bulan Ogos tahun 1958 (setelah 48 tahun) ketika Mat Sentol bekerja di Cathay Keris Film.
* Mat Sentol menulis cerita ini selepas berlakon dengan P.Ramlee dalam filem pertamanya, "Hang Tuah".
* Semua gambar (selain Mat Sentol) tidak ada kena mengena dengan kisah yang dipaparkan. Ia hanya sekadar sebagai penghias dan penyeri cerita saja.
* Kuih patah hati dan putus harapan merujuk kepada filem P.Ramlee, "Patah Hati" dan "Putus Harapan".
* Mustapha merujuk kepada Dato' Mustapha Maarof. Mat Sentol pernah tinggal sebilik dengan Dato' Mustapha Maarof di Singapura.
* Penyiaran semula cerita pendek ini, tidak mempunyai niat memperlekehkan Mat Sentol. Ia sekadar hiburan rengan semata-mata, dan mahu memperlihatkan kreavitinya (sebagai story teller) yang serba boleh, selain sebagai pengarah filem, pelakon, penyanyi, pemusik, pelawak, pemain silap mata dan sebagainya, ramai yang sudah sedia maklum.
* Gambar Mat Sentol merupakan yang terbaru (saya ambil sendiri) ketika perbincangan untuk membuat filem dokumentari MAT SENTOL Lain Dari Yang Lain pada 15 Februari 2012. Ia sengaja saya black & whitekan supaya bersesuaian dengan zaman yang sudah berlalu, tahun 1958.
* Peristiwa berlaku (walaupun dalam mimpi) di Muar, Johor, tempat Mat Sentol dilahir, dibesar dan mendapat pelajaran.
* Byline oleh: Mat Sentol, Keris Film itulah yang tercatat dalam majalah ANEKA WARNA.
* Gambar penghias muka depan majalah ANEKA WARNA bilangan 46 itu, seniwati Norsiah Yem. Lain-lain cerita menarik, "Sapu Tangan Berdarah" (oleh: NINA) dan "Korban Hawa Nafsu" (oleh: M. HARNI)
*ANEKA WARNA merupakan majalah untuk bacaan ORANG DEWASA SAJA yang diterbitkan oleh QALAM di Singapura.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


UTUSAN RADIO & TV (URTV)
genap usianya 43 tahun

SINEMATEK MALAYSIA
sudah sampai masanya diwujudkan

FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE-30
seoul menang filem terbaik

FESTIVAL FILEM MALAYSIA
perlukan reformasi menyeluruh

MICHELLE YEOH
kini, tan sri michelle yeoh

10 FILEM INDONESIA
yang diiktiraf terbaik sepanjang masa

10 FILEM BOLLYWOOD
yang terhebat sepanjang masa




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.





Sunday, April 15, 2012


NAS ACHNAS







Tiga wajah Nas Achnas pada tahun 1973



NAS ACHNAS
Lahir: PADANG PANJANG, SUMATERA, INDONESIA
Pada: 1926
Meninggal dunia: JAKARTA
Pada: 5 OGOS 2005
Isteri: TIDAK DIKETAHUI
Anak: GENI, NAN, LENI & KEN



ENTAH kenapa. Entah kenapa ya, apabila mememperkatakan mengenai pengarah-pengarah filem di Malaysia, Nas Achnas dirasakan seolah-olah terpinggir.

Padahal peranannya dalam perkembangan filem negara ini tidak boleh dipandang sepi apatah lagi diperkecil-kecilkan dan ditidak-tidakkan.

Ini bukan bererti ada sesiapa yang meminggirkan Nas Achnas. Tidak begitu.

Tetapi, begitulah keadaannya sehinggakan untuk mendapatkan biografi atau gambarnya pun, teramatlah susah. Di alam maya tidak banyak, sikit sangat. Lebih tepat lagi, kalau dikatakan 'zero'.

Oleh yang demikian terpaksalah saya tercari-cari dari sumber lain. Akhbar The Straits Times, sebagai contoh.

Nas Achnas (juga sering dieja Naz Achnaz) merupakan anak kelahiran Indonesia berkarya (sebagai pengarah filem) di Malaysia seperti juga Usmar Ismail, A.R. Tompel, S. Sudarmadji, J. Cabin Yeo, Fred Young dan M. Yatim, semuanya berasal dari Indonesia.

Ertinya, dua di Cathay Keris (Usmar Ismail dan J. Cabin Yoo), empat di Merdeka Film Studio (A.R. Tompel, Fred Young, M. Yatim dan Nas Achnas), tidak ada seorang pun di Shaw's MFP.

S. Kadarisman yang dikatakan berasal dari Indonesia sebenarnya dilahirkan di Singapura.

Sebelum melangkah lebih jauh, sebaiknya kita baca dulu apa yang ditulis oleh Jeffrey Francis yang tersirat dalam akhbar The Straits Times pada 13 Mac 1955 (57 tahun berlalu) yang bertajukkan;

ACHNAS, THE FILM-MAKER, GOES INTO ACTION
"THE WHIP" IN MALACCA


He stood there young, vigorous and ambitious. He was proud of his work. "Action," he shouted, "action". The fierce sun was burning his face but he didn't care.

His motto: "Do what you want with your heart and soul in it and you'll be a success". And success it is for Inche Nas Achnas, one of the youngest film directors today.

Achnas became director and script writer for Ratu Asia Film Company in Jakarta in 1949 when he was only 23. He is now made four films which has brought heavy box office returns to his company.

I met Achnas in Malacca the other day. He had gone there to shoot scenes of the old Portuguese forts for his fifth film, a $200,000 production called "The Whip" ("Tjemeti").

We went to Tanjong Kling beach where Achnas 'shot' the escape of Javanese hero - played by Indonesia's famous dramatic actor, Raden Sukarno - from a shipwreck.

We went to St. John's Hill Fort where the Portuguese flag was hoisted for the first time in 400 years.

"The Whip" written by Achnas himself, is a story of young adventurous soldier, Andi Mahjang. Andi is asked by his commanding officer to look for his long-lost sister, rumoured to has been married to Portuguese officer stationed in Malacca in 1640.

At that time the Portuguese and the Dutch are at war and Andi has some dramatic escapes from the Dutch.

There is also romance in the story between Andi and Portuguese girl, who is later discovered to be the daughter of his commanding officer's sister.

A dust came Achnas went back to his hotel in Bunga Raya Road where he told me that he was born in the mountain area of Minangkabau in Sumatra.

Educated in a Dutch high school he became interested in films while studying. He took part in school plays and, where possible, tried to direct them. At 14 he decided his ambition was to become a film director.

"My parents had other idea for me. My father wanted me to become a civil servant like himself," Achnas said.

"He did not want me to go to the pictures often. So I had to sneak out and go with my aunt, Jalilah, who incidentally, also had to sneak out from her husband.

"Ten years later I met my aunt again. When her husband not present I asked her whether she still sneaked out to the cinema. We had good laugh for this had to become a private joke between us.

"Well, she doesn't out sneak now because my uncle is getting old and is often sick. Someday I think I will make a film about her. "Jalilah", he said, "what a lovely name for the film. It reminds me of the American "Delilah"."

The second World War broke out early in 1942 and 16-year-old Achnas left school. The Japanese occupied Sumatra. Still working towards his ambition he did some amateur plays in his hometown. With other boys he formed a stage club, and wrote scripts and directed plays.

Few months later he went to Padang, central capital of Sumatra. His father was anxious about him. He gave him a letter of introduction for a job in a government department in that city. Achnas, however did not want to become a 'pen-pusher'. He did not hand the letter to the department.

Months passed. He did nothing. Then he went to work as a poster artist. During his spared time he joined a local stage and arts club and took part in productions.

I made friends with a Japanese office, Satosan, of Japanese Information Department," Achnas said. "It was here I saw how films were being directed and produced. "I took up photography as a hobby and was able to get a free film from the Japanese officer."

When I asked what he thought of Japanese films, Achnas said: "Japanese films have a powerful visual sense. They make realistic, beautiful and moving pictures.

About Indian films, he said: "There is nothing much in them if the songs and dances which beautify the film put aside. This, of course, is speaking from the artistic point of view.

Achnas's first film, directed and written by himself, was "The Rainbow" produced in 1949. Later he directed and wrote "White Pimpernell" in 1951, "Torch" in 1952 and "Whispering Wind" in 1953.

Achnas said he noticed there was a lot a talent in Malaya. With encouragement and study Malayans could become film stars and directors.

What Malaya needs, he said, is dramatic college where local boys could be trained to become an actors.


S. Naning, Nona Asiah, Ismail Kassim dan Eloni Hayat, "Pelangi"

Normadiah dan Junaidah, "Pachar Puteh"

Iklan yang tersiar di The Straits Times, 28 September 1954

Dari tulisan Jeffrey Francis itu dapatlah dibuat kesimpulan, Nas Achnas berasal dari daerah Minangkabau (menurut sumber yang diperolehi, di Padang Panjang yang terkenal dengan jolokan Kota Serambi Mekah) yang terletak di Sumatra Barat.

Semasa Perang Dunia meletus (1942), Nas Achnas berusia 16 tahun. Ini bererti beliau dilahirkan pada tahun 1926. Tarikh tepat tidak diperolehi. Kalau masih hidup, Nas Achnas kini berusia 86 tahun.

Empat filem yang diarahkan oleh Nas Achnas, sebelum "Tjemeti", "Pelangi" ("The Rainbow"), "Pachar Puteh" ("White Pimpernell") dan "Dian" ("Torch") kesemuanya keluaran Nusantara Film.

"Angin Berpesan" ("Whispering Wind") dikeluarkan oleh United Malay Film dan diedarkan oleh South-East Asia Film Company.

Mengenai filem "Tjemeti" ("Cemeti"), tidak diketahui sejauh mana perkembangannya. Apakah siap sebagai filem atau terbengkalai. Puas sudah saya membuat 'research', namun gagal.

Bagaimanapun, Nas Achnas ada mengarahkan filem bertajuk "Kuala Deli" pada tahun 1955 (sama tahun dengan "Tjemeti") yang dibintangi oleh Jeffry Sani dan Nur Zairina dengan produsernya, Abu Bakar Jusuf.

Persoalannya, apakah "Kuala Deli" itu sama filemnya dengan "Tjemeti", hanya diubah tajuk dari "Tjemeti" ke "Kuala Deli" atau Nas Achnas meninggalkan terus "Tjemeti" dan berubah mengarahkan "Kuala Deli". Maksudnya, dua filem yang berlainan.

Siapalah agaknya yang boleh memberi jawapan. Mungkin Nan Achnas.

Tetapi, siapa Nan Achnas?

Selepas "Angin Berpesan", Nas Achnas pulang ke Sumatra dan mengarahkan filem "Tjemeti" yang menjadi tandatanya itu.

Kemudian, apabila selesai "Kuala Deli", beliau datang semula ke Singapura dan berkerja di beberapa majalah hiburan mengutamakan sebagai pelukis kartun.

Pada tahun 1964, Nas Achnas telah menyudahkan cerita "Panglima Besi" yang kemudian dijadikan filem oleh Cathay Keris dan diarahkan oleh M. Amin dengan bintang utamanya Noordin Ahmad, Rose Yatimah dan M. Wari.

Dalam filem tersebut, Nas Achnas bertindak sebagai penulis lakonlayar dan katabual, dan pada tahun berikutnya (1965), Penerbitan Pusaka Antara pula menerbitkannya dalam bentuk buku mengandungi 92 mukasurat.

Selain itu, Nas Achnas juga terlibat dengan "Pontianak Gua Musang" yang diarahkan oleh B.N. Bao.

Pada tahun 1970, beliau pergi ke Merdeka Studio, di Kuala Lumpur dan menerima tawaran mengarah filem pertamanya, "Asmara Kirana", yang dikemukakannya wanita Inggeris, Barbara Lawn, memegang peranan utama disamping Ed Osmera dan Sharifah Hanim.

Selepas "Asmara Kirana", Nas Achnas menghilangkan diri entah ke mana, ramai dikalangan teman yang rapat dengannya tidak tahu.

Namun begitu, secara tiba-tiba (pada tahun 1973) beliau muncul semula di Merdeka Studio dan mengarahkan filem keduanya, "Dosa Remaja", yang diketengahkannya pula pelakon baru dari Melaka sebagai hero, Eddie Rusdja.

Filem terakhir arahan Nas Achnas "Loceng Maut" yang merupakan usahasama antara Shaw Brothers dengan Tuti Mutia dari Indonesia.

Nas Achnas mengarah bersama Frank Porimpandey dan dibantu seorang pengarah dari Hong Kong, dan selepas itu terus menyepi diri dan setakat ini tidak diketahui samada beliau masih hidup atau pun sudah meninggal dunia.

Itu saja serba sedikit yang diperolehi mengenai pengarah filem bernama Nas Achnas.

Sungguh pun karya filemnya tidak banyak, sebagaimana yang dikatakan, peranannya dalam perkembangan filem di Malaysia tetap penting.

Lebih-lebih lagi filem pertama Nusantara Film "Pelangi" arahannya, dan filem pertama Merdeka Film dalam color, "Rahsia Hatiku," juga arahannya.

"Rahsia Hatiku" dipadankan dari novel "Little Women" karya Louisa May Alcott dan telah beberapa kali dijadikan filem termasuk yang dibintangi oleh Elizabeth Taylor, Janet Leigh dan June Allyson pada tahun 1949 arahan Mervyn LeRoy.

Memang benar filem "Permintaan Terakhir" dikatakan filem color dan berbidang luas pertama dikeluarkan oleh Merdeka Film tetapi, sebenarnya dikendalikan di luar studio tersebut dan diusahakan oleh juruteknik dan pakar filem dari Hong Kong termasuk juga tenaga pengarahnya.

"Rahsia Hatiku" diselenggarakan pada keseluruhannya oleh tenaga filem tempatan termasuk jurugambarnya, bersaing dengan "Permintaan Terakhir" arahan Jamil Sulong yang menggunakan tenaga dan kepakaran filem dari Hong Kong.

"Saya bangga dengan juruteknik filem tempatan kerana dapat memperlihatkan kebolehan mengendalikan filem color tanpa berkursus di luar negara, dan tidak pula diawasi oleh jurugambar atau juruteknik dari luar negara," kata Nas Achnas.


Hussain Abu Hassan dan Teh Faridah, "Loceng Maut"

Adegan aksi Eddie Rusdja, "Dosa Remaja"

Merdewati dan Gary Gideon, "Rahsia Hatiku"

"Jantina" yang dikatakan terdapat sedikit masalah

FILEM-FILEM YANG DIARAHKAN OLEH NAS ACHNAS___

  • "Pelangi" (Nusantara Film, 1950)
  • "Pachar Puteh" (Nusantara Film, 1952)
  • "Dian" (Nusantara Film, 1952)
  • "Angin Berpesan" (United Film Production, 1954)
  • "Kuala Deli" (Pesfin Movicton Production,
    Indonesia, 1955)
  • "Asmara Kirana" (Merdeka Film, 1971)
  • "Dosa Remaja" (Merdeka Film, 1973)
  • "Bunga Mas" (Merdeka Film, 1973)
  • "Jantina" (Merdeka Film, 1974)
  • "Mastura" (Merdeka Film, 1974)
  • "Rahsia Hatiku" (Merdeka Film, 1975)
  • "Loceng Maut" (Merdeka Film, 1977)

    Selain mengarah Nas Achnas juga terlibat dengan,

    * "Panglima Besi", 1964 - Cathay Keris Film
    (cerita, lakonlayar dan katabual)
    * "Pontianak Gua Musang", 1964 - Cathay Keris Film
    (penulis lakon layar ejaan namanya Nach Ahnas)
    * "Boneka Permata", 1975 - Pura Emas Film
    (cerita dan lakonlayar)
    * "Cinta Dan Lagu", 1976 - Merdeka Film
    (pembantu pengarah kepada Jamil Sulong, tidak tercatat di credit title)

    ANUGERAH___

    "LOCENG MAUT"
  • Penyuntingan Terbaik (Salehan Shamsuddin)
  • Keseluruhan Kesempurnaan
    * Festival Filem Asia-Pasifik (Sydney, Australia, 1978)



    Nan Triveni Achnas

    NAN TRIVENI ACHNAS___

    Nan Achnas, satu-satunya anak Nas Achnas mengikut langkahnya terjun ke dunia filem. Begitupun juga tidak dapat dipastikan berapa ramai pula adik-beradiknya.

    Seperti juga Nas Achnas, informasi Nan Achnas juga sukar diperolehi. Tidak banyak. Sedikit. Tertumpu kepada hasil kerjayanya saja.

    Apa yang agak menarik, beliau dilahirkan di Singapura pada 16 Januari 1963 dan dibesar serta mendapat pelajaran awal di Kuala Lumpur.

    Graduan di TV dan Filem Fakulti di Institut Kesenian Jakarta, lebih berat ke bidang pengarahan, filem diplomanya "Hanya Sehari" ("The Only Day", 1988) memperolehi anugerah grand prix Festival Filem Asian Young Cinema di Tokyo.

    Nan Achnas kemudian, mendapat biasiswa British Chevening bagi membolehkannya meraih 'master degree' filem di University Of East Angelia, United Kingdom.

    Ketika usianya 32 tahun (1995), Nan Achnas mula mendapat perhatian apabila mengarahkan filem dokumentari "Ceh Cucak Gayo" ("The Little Gayo Singer").

    Filem cerita pertama arahannya "Kuldesak" (1998) bercorak komedi, kemudian disusuli "Pasir Berbisik" (2001), "Bendera" (2003) dan "The Photograph" (2007).

    Boleh dikatakan, kesemua filemnya berartistik dan beretika.

    Kerana itu, "Pasir Berbisik" telah memperolehi lapan anugerah di beberapa festival filem antarabangsa di Rotterdam, Pusan, Seattle, Deauville dan Asia-Pasifik.

    "Bendera" pula mendapat anugerah penghargaan di Festival Filem Tokyo, dan "The Photograph" menerima empat anugerah di Perancis, Goteborg, Belanda dan Locarno (Switzerland).

    Filem terbarunya "3 Doa 3 Cinta" (2008) Nan Achnas bertindak sebagai produser bersama Nurman Hakim dan Adiyanto Sumarjono.

    Filem tersebut diarahkan oleh Nurman Hakim, dan telah memenangi anugerah di Festival Filem Perancis dan Jakarta.

    Ceritanya mengisahkan, bagaimana kehidupan tiga pelajar bersahabat baik (Huda, Rian dan Syahid) mengwujudkan segala impian dan harapan yang pernah mereka tulis di satu lokasi rahsia (dinding usang) di belakang tempat mereka belajar.

    Nan Achnas kini, sedang menyelesaikan pengajian PhD. Film Studies di University of California, Santa Cruz, Amerika Syarikat.



    MARI KITA MENONTON 3 FILEM NAS ACHNAS -
    "BUNGA MAS", "LOCENG MAUT" & "PANGLIMA BESI"___



    BUNGA MAS (Sumber: NJENDRA)

    LOCENG MAUT (Sumber: ZAM HANA)

    PANGLIMA BESI (Sumber: NJENDRA)

    FAKTA___

  • Agak menarik, Jeffrey Francis menulis "Whispering Wind" (Nas Achnas) merujuk "Angin Berpesan" ("Angin Berbisik"?), manakala "Whispering Sand" (Nan Achnas) merujuk "Pasir Berbisik" ("Pasir Berpesan"?).
  • Nona Asiah lebih terkenal sebagai penyanyi. "Pelangi" merupakan satu-satunya filem cerita yang dibintanginya bersama suaminya, Ismail Kassim. "Abu Nawas" (bukan "Abu Nawas" A.R. Tompel) yang dibintanginya bersama Ismail Kassim juga, bercorak dokudrama.
  • Antara filem-filem arahan Nas Achnas, Sharifah Hanim membintangi tiga filem, "Asmara Kirana", "Bunga Mas" dan "Rahsia Hatiku".
  • Sebelum Omar Syariff diambil berlakon dalam "Loceng Maut", Farouk Afero dari Indonesia diundang membintangi filem tersebut dan penggambaran telah pun dilakukan. Bagaimana beliau terpaksa disingkirkan kerana masalah displin.
  • Normadiah berlakon dua filem bersama Nas Achnas, "Pachar Puteh" dan "Dian".
  • Nas Achnas gemar memperkenalkan pelakon baru. Barbara Lawn ("Asmara Kirana"), Eddie Rusdja ("Dosa Remaja"), Merdewati dan Gary Gideon ("Rahsia Hatiku") dan Omar Syariff ("Loceng Maut").
  • M. Amin yang turut membintangi "Rahsia Hatiku" merupakan pengarah filem "Panglima Besi" di mana cerita, lakonlayar dan katabual oleh Nas Achnas.
  • Kebanyakan penggambaran "Angin Berpesan" (The Kelantan Love Story) dilakukan di Kelantan.
  • "Kuala Deli" merupakan satu-satunya filem arahan Nas Achnas di Indonesia.
  • "Boneka Permata" diarahkan oleh Tony Azman, namun begitu Nas Achnas turut sama membantu sebagai pengarah.
  • "Loceng Maut" merupakan satu-satunya filem arahan Nas Achnas memperolehi anugerah.

    * Diharap sekiranya Nan Achnas melayari blog ini, e-mail saya dengan memberikan apa-apa saja informasi mengenai ayahnya, Nas Achnas, untuk memperlengkapkan lagi artikel ini yang dirasakan tidak begitu lengkap.


  • # Update akan dilakukan dari masa ke masa.


  • Saturday, April 7, 2012


    SEMERAH PADI IN COLOR

    Satu Lagi Sejarah Baru Filem Malaysia Akan Tercatat
    Oleh Zaini Yusop



    DYMM Yang Di-Pertuan Agung Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
    Sebagai Tetamu Khas Tayangan Perdana Di Raja "Semerah Padi"

    Filem "Semerah Padi" yang akan dicolorkan

    Dato' Aziz Singah, Pengerusi

    Datuk Aziz Sattar, Timbalan Pengerusi

    Amin Khan, Setiausaha

    Nahar Akhbar Khan, Pengarah Penerangan

    Mustafar A.R., Bendahari



    UPDATE "SEMERAH PADI IN COLOR"

    17 MEI 2012___

    Kesungguhan AJK Amanah Tan Sri P. Ramlee (ATSPR), Dato' Aziz Singah, Datuk Aziz Sattar, Mustafar A.R., Nahar Akhbar Khan dan Amin Khan, untuk merealisasikan impian Tan Sri P. Ramlee supaya filem arahannya dicolorkan, dapat dilihat apabila mereka datang tepat pada waktunya (11.00 pagi) ke mesyuarat ke-3 (ATSPR) di Restoran RiverSide, PWTC, Kuala Lumpur pada 15 Mei yang lalu .

    Segala perbincangan dibincangkan secara profesional, semangat mereka begitu berkobar-kobar untuk mencatatkan satu lagi sejarah baru perfileman Malaysia yang mana selama ini tidak ada sesiapa pun terfikir dan cuba melaksanakannya.

    Dalam mesyuarat tersebut Pengerusi ATSPR, Dato' Aziz Singah, memberitahu, perkembangannya sejauh ini surat sudah pun dihantar kepada Shaw Brothers (melalui wakilnya, Rosie Othman, di Singapura) tetapi jawapan mutlak belum lagi diterima.

    "Bagaimanapun, Rosie Othman memberitahu kepada Pengarah Penerangan, Nahar Akhbar Khan, hasrat kita untuk mengcolorkan filem "Semerah Padi" sudah pun berada dalam perhatian pihak yang bertanggungjawab di Shaw Brothers, dan mereka sedang menelitinya terutama dari segi peruntukan undang-undang," ujar Dato' Aziz Singah.

    Sungguhpun jawapan yang pasti dari Shaw Brothers belum lagi diterima namun Dato' Aziz Singah menekankan, persiapan dan pelaksanaan harus dilakukan bermula dari sekarang kerana beliau yakin tujuan mengcolorkan filem arahan P. Ramlee dapat dibuat kerana P. Ramlee, suatu ketika dulu, adalah salah satu aset penting menyebabkan Shaw Brothers menjadi kayaraya (sehingga berjaya menubuhkan empire SBnya) dan terkenal ke seluruh dunia.

    "Bagi Shaw Brothers, mengcolorkan filem "Semerah Padi" ini adalah perkara kecil kepada mereka. Membawanya untuk diperbincangkan dari aspek undang-undang bagi mendapatkan pengesahan dan diluluskan mungkin merupakan satu peraturan yang seharusnya mereka patuhi," tambah Dato' Aziz Singah.

    Dalam mesyuarat tersebut beberapa keputusan telah diambil antaranya,
  • Pelancaran penubuhan Amanah Tan Sri P. Ramlee (ATSPR)
  • Persidangan akhbar "Semerah Padi In Color"
  • Hiburan selingan: Nyanyian lagu-lagu P. Ramlee

    Selain itu, satu forum bertajuk "Pengcoloran Filem Semerah Padi" akan diadakan dengan ahli panelnya terdiri dari,
  • Dato' Aziz Singah (pengerusi)
  • Datuk Aziz Sattar
  • Datuk Paduka Shuhaimi Baba
  • Datuk Ramlah Adam
  • Dato' Fuad Hassan

    Mesyuarat juga bersetuju melantik 4 tokoh yang meminati P. Ramlee sebagai penasihat ATSPR,
  • Tun Taib Mahmud
  • Tun Ahmad Sarji
  • Tan Sri Syed Yusof
  • Dato' H.M. Shah

    Mesyuarat juga bersetuju melantik seorang penaung tetapi namanya akan diputuskan dalam mesyuarat ke-4 yang akan diadakan sebaik saja Shaw Brothers memberi kataputus yang filem "Semerah Padi" boleh dicolorkan.

    Kesemua program dijangka berlangsung di kompleks Finas, Hulu Klang pada 23 Jun 2012 bermula jam 11.00 pagi dan dibuat sempena menyambut dan merayakan Hari Seniman.

    Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naguib Razak (cadangan peringkat awal), akan diminta memberi ucapan perasmian dan seterusnya melakukan pelancaran ATSPR dan program "Semerah Padi In Color".

    Begitulah bersungguh-sungguhnya Datuk Aziz Sattar membincangkan sesuatu sambil didengar dengan cukup teliti oleh Dato' Aziz Singah, Nahar Akhbar Khan dan Amin Khan.

    Pengarah Penerangan, Nahar Akhbar Khan, sedang menerangkan kepada AJK ATSPR mengenai perkembangan surat yang telah dihantar kepada Rosie Othman, yang mewakili Shaw Brothers di Singapura.



    9 APRIL 2012___

    Sepucuk surat sudah dihantar kepada Shaw Brothers, memohon untuk bertemu dan berbincang mengcolorkan filem "Semerah Padi" sebagai memenuhi impian dan hasrat Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang mahukan filem arahannya dicolorkan.

    Di bawah disiarkan sepenuhnya kandungan surat yang ditulis oleh Dato' Aziz Singah, selaku pengerusi, yang telah disampaikan kepada Puan Rosie Othman, mewakili Shaw Brothers, di Woodland, Singapura, oleh Pengarah Penerangan, Encik Nahar Akhbar Khan, baru-baru ini.

    "Surat sudah pun dihantar dan AJK Amanah Tan Sri P. Ramlee kini hanya menunggu jawapan Shaw Brothers bilakan masa yang sesuai untuk berbincang bagi melaksanakan projek yang selama ini tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun," kata Encik Amin Khan yang bertindak sebagai Setiausaha.

    AMANAH TAN SRI P. RAMLEE

    Shaw Brothers Ltd.
    270 Woodlands
    Centre Road Singapore

    Attn. to: Puan Rosie Othman

    Dear Mdm,

    Permission to Colorize P. Ramlee Classic Movie
    SEMERAH PADI

    With reference to the above, we are proud to announce the establishment of AMANAH TAN SRI P RAMLEE, a nonprofit organization with the sole objective of preserving the legacy of Malaysia’s cinematic icon, Tan Sri P. Ramlee.

    Under the leadership of film veterans Datuk Aziz Sattar and Dato' Aziz Singah, we hope our organization will be able to conserve and continue the legacy of P. Ramlee films.

    It had always been a dream of P. Ramlee to direct color Malay films during his life time, however this dream fell short as he passed away before ever achieving this dream.

    Therefore it is our mission to upgrade his black & white films to color formats and we would like to begin with "Semerah Padi".

    The film would be premiered in Kuala Lumpur under the patronage of the DYMM Yang Di-pertuan Agong of Malaysia.

    We hope that this colourization of old P. Ramlee movies will spark a newfound interest in the younger generation of P. Ramlee fans and hopefully prolong the legend.

    This will benefit both parties involved. The profit of the screenings will be used for other nonprofit activities that will hopefully fund the birth of the P. Ramlee Film Academy.

    We hope to discuss this matter in further detail and we are willing to come to Singapore for a meet. Your response on this matter is highly appreciated.

    For inquiries, please do not hesitate to contact Mr. Nahar Akhbar Khan at +6019-2742705.

    Thank you for your time.

    Yours Sincerely,

    Dato' Aziz Singah.



    5 APRIL 2012___

    Datuk Aziz Sattar telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Amanah Tan Sri P. Ramlee (ATSPR) yang akan merealisasikan hasrat Tan Sri P. Ramlee yang mahukan filemnya dicolorkan, tetapi ketika hayatnya masih ada tidak kesampaian.

    Dalam mesyuarat yang diadakan di RiverSide Restoran, PWTC, Kuala Lumpur pada 5 April 2012 itu, Dato' Aziz Singah mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi.

    Encik Amin Khan berubah jawatan dari Bendahari ke Setiausaha dan Encik Mustafar A.R. diperingkat awal sebagai Setiausaha dilantik sebagai Bendahari.

    Pengarah filem "Jibon" dan "Imigran", Encik Nahar Akhbar Khan, dilantik sebagai Pengarah Penerangan.

    Selain itu, perlantikan juga dibuat, menganggutai Ahli Jawatan Kuasa (AJK), yang terdiri dari;

  • Wakil Kementerian Penerangan
  • Wakil Finas
  • Wakil Arkib Negara
  • Wakil Sarawak
  • Wakil Sabah
  • Wakil Singapura

    Dato' Aziz Singah memberitahu, usaha sedang dibuat untuk menghubungi pihak Shaw Brothers di Singapura bagi menetapkan temujanji untuk berbincang dan meminta kebenaran supaya filem "Semerah Padi" yang sekarang dalam black & white dicolorkan.

    "Jika temujanji telah ditentukan, satu rombongan yang diketuai oleh saya sendiri akan berlepas ke Singapura," katanya.

    Encik Amin Khan pula menegaskan, diperingkat ini pihaknya tidak dapat melaksanakan apa-apa kegiatan selagi perundingan belum dibuat dan Shaw Brothers belum memberi kataputus filem "Semerah Padi" boleh dicolorkan.

    "Jika Shaw Brothers kata "yes" saja, kami akan terus bertindak segera merancang apa-apa saja yang patut dibuat bagi memastikan filem "Semerah Padi" dapat dicolorkan.

    "Satu persidangan akhbar akan dibuat sebaik saja Shaw Brothers menyatakan persetujuan untuk mengcolorkan filem "Semerah Padi" itu."

    Encik Amin Khan juga memberitahu, usaha mengcolorkan filem "Semerah Padi" akan mencatat sejarah perfileman Malaysia, dan sudah pasti ianya akan melibatkan Kerajaan Malaysia terutama ajensi-ajensinya seperti Kementerian Penerangan dan Finas.

    Katanya, "sepanjang pengetahuan saya setakat ini, Indonesia, Filipina dan Thailand belum pernah melakukannya.

    "Apabila Shaw Brothers kata "yes" saja, satu mesyuarat yang melibatkan Kerajaan Malaysia akan diadakan, dan satu AJK yang lebih lengkap dan mantap akan dibentuk."

    Datuk Aziz Sattar dalam pertemuan selepas mesyuarat ditamatkan menyatakan, beliau begitu terharu dengan adanya usaha dari Dato' Aziz Singah dan kawan-kawannya untuk melaksanakan hasrat P. Ramlee supaya filem arahannya dicolorkan.

    Tambahnya, "saya sendiri tidak pernah terfikir yang filem arahan P. Ramlee boleh dicolorkan seperti "Semerah Padi" sebagai contoh.

    "Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mustafar A.R. kerana membawa usul mengcolorkan filem "Semerah Padi" untuk diperbincangkan lebih mendalam dalam mesyuarat ini."

    Sebagai sahabat baik P. Ramlee, Datuk Aziz Sattar mengalu-alukan usaha murni itu, dan perlantikannya sebagai Timbalan Pengerusi akan dicubanya seberapa daya bagi merealisasikan filem "Semerah Padi" dibuat dari black & white ke color."

    Dalam mesyuarat tersebut, beberapa keputusan telah diambil antaranya;
  • Tabung Amanah P. Ramlee ditukar nama kepada Amanah Tan Sri P. Ramlee
  • Tayangan Perdana Di Raja "Semerah Padi" akan diadakan di Coliseum, Kuala Lumpur
  • Konsert Perdana Di Raja "Semerah Padi" akan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur
  • Mengundang DYMM Yang Di-Pertuan Agung & Isteri dan Perdana Menteri & Isteri sebagai Tetamu Khas
  • Tarikh diadakan Tayangan Perdana Di Raja ialah pada 29 Mei 2013/2014 sempena Hari Seniman
  • Tarikh diadakan Konsert Perdana Di Raja ialah pada 30 Mei 2013/2014 sempena Hari Seniman
  • Mengadakan Tayangan Perdana disetiap Ibu Negeri termasuk Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei


    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.



    IKLAN BUKU FILEM-FILEM P. RAMLEE




  • Friday, April 6, 2012


    DARI SATU E-EMAIL KE SATU E-MAIL

    Langkah Bermula Dengan Wak Terer




    SEJAK kebelakangan ini, saya sering menerima e-mail yang panjang-panjang dan mempunyai pandangan dan pendapat yang sangat jitu dan bernas.

    Adalah tidak wajar pandangan dan pendapat mereka itu hanya saya saja yang tahu. Ia perlu diperluaskan dan perlu dikongsi bersama.

    Justeru itu, saya mengambil keputusan mengwujudkan ruangan Dari Satu E-mail Ke Satu E-mail, yang mana dari masa ke masa, akan dipenuhi dengan e-mail-email terbaik yang dijangka memberi manfaat dan iktibar antara kita sesama kita.

    Sebagai memulakan langkah, disiarkan dulu e-mail yang dihantarkan oleh Wak Terer. Siapakah beliau? Saya sendiri tidak tahu. Mungkin suatu hari nanti, akhirnya kita akan tahu juga.

    E-mail tidak disunting (orginal) cuma, dibuat sedikit pembetulan terutama ejaannya.

    BEGINILAH TULISAN WAK TERER DALAM E-MAILNYA.....

    Salam sejahtera Saudara Mustafar A.R.

    Terima kasih kerana membaca e-mail saya bertarikh 25 Mac 2012 tempoh hari dan juga jutaan terima kasih kerana menyiarkan sebahagian e-mail saya dalam blog Filem Klasik Malaysia bertarikh 1 April 2012 bertajuk Statistik Filem Klasik Malaysia Yang Berakhir Pada 31 Mac 2012.

    Saya rasa cukup berbangga dan berbesar hati kerana secara tidak langsung dapat sama-sama menyertai blog Saudara yang memang saya akui satu blog dalam Bahasa Melayu mengenai filem klasik, baik filem Melayu dan filem asing, yang terbaik pernah saya layari.

    Blog Saudara memang agak berlainan dari yang lain dan menepati citarasa saya yang mahukan maklumat yang tepat dan terperinci bukan secara “general statement” dari kebanyakan blog atau website lain termasuk dari pihak Kerajaan sendiri.

    Saudara telah melakukan kerja ini secara profesional walaupun tanpa mendapat upahan atau ganjaran.

    Saya juga rasa cukup terharu bila membaca hasrat Saudara untuk meneruskan usaha Saudara walaupun menghadapi sedikit gangguan kesihatan.

    Syabas dari saya kerana sanggup berkorban masa dan usaha termasuk buah fikiran untuk meletakan semula martabat perjuangan para Pelopor Seni Budayawan kita dahulu ke taraf yang sepatutnya mereka berada.

    Mula-mula rasa gugup juga, bila terbaca Saudara ingin berhenti menulis tetapi Alhamdulillah dengan izin Allah digerakkan juga hati Saudara untuk meneruskan usaha tersebut.

    Saya akui minat saya kepada filem Melayu klasik bermula bila mula membaca blog Saudara kerana merasa ada kelainan dan sejak dari itulah saya mula membeli dan menyimpan hampir 200 filem Melayu klasik dalam tempoh 3 bulan saja kerana saya berpendapat boleh merujuk kepada vcd tersebut jika ada komen atau “review” dari blog Saudara.

    Tidak keterlaluan juga, jika saya berpendapat filem Melayu klasik adalah Cermin Budaya Bangsa Kita.

    TIDAK TERFIKIR OLEH HAMPIR 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA___

    Begitu juga saya cukup tertarik dengan kesungguhan usaha Saudara dan rakan-rakan lain mencari dana yang begitu besar (makan juta ni!) membiayai kos mengcolorkan filem “Semerah padi”, filem terbaik arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dengan menubuhkan Tabung Amanah P. Ramlee.

    Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk menyumbang sedikit cadangan atau “idea” bagaimana rancangan membiayai “projek” ini boleh mencapai sasarannya.

    Mungkin sebahagian dari cadangan saya ini sudah ada di dalam pemikiran dan rancangan Saudara dan rakan-rakan lain atau pun mungkin juga cadangan saya ini “too ambitious” saja tetapi memang niat dan hasrat saya supaya “projek” ini berjaya walau dengan apa cara sekali pun.

    Ini saya anggap sebagai satu perjuangan yang murni walaupun hanya mencari sumber kewangan yang mencukupi tetapi adalah satu usaha yang berani yang tidak terfikir pun dalam otak hampir 30 juta rakyat Malaysia.

    Saya akan e-mail cadangan saya ini dalam tempoh 2 atau 3 minggu lagi dari tarikh e-mail saya ini kerana mahu membuat sedikit kemasan supaya mudah difahami dan lebih realistik.

    Saya, walaupun digelar Wak Terer sekalipun, tidaklah seterer Saudara dalam bab ini dan saya merasa cukup kagum.

    Usaha Saudara dan rakan-rakan lain adalah satu usaha bakti yang tersangat besar jasanya kerana akan menyempurnakan cita-cita atau hasrat Seniman Agung kita yang tidak kesampaian dan terhalang atas faktor-faktor ekonomi dan keadaan semasa yang tidak mengizinkan.

    Seperti yang diperkatakan oleh Saudara memang betul mungkin 100 tahun yang akan datang atau pun lebih dari itu baru akan wujud pengganti beliau atau pun mungkin juga langsung tidak ada, “wallahualam”.

    Saya juga bersetuju saranan Saudara supaya taraf beliau bukan saja setakat Tan Sri tetapi lebih dari itu iaitu sebaiknya adalah Tun, Seniman Agung Tun P.Ramlee adalah taraf yang patut dan sewajarnya untuk beliau.


    Latiffah Omar

    FILEM "HANG JEBAT" PATUT JUGA DICOLORKAN___

    Selain itu saya juga berharap, supaya filem-filem berikut juga boleh dicolorkan satu hari nanti sesudah usaha sulong Saudara dan rakan-rakan lain berjaya.

    Mungkin cadangan ini terlalu awal buat masa ini tetapi cuma mahu “placing” saja idea ini “the next time”. Harap limpahan rezeki dari Tabung Amanah P. Ramlee dapat juga menjayakan hasrat tersebut.

    Kini sudah terdapat usaha-usaha murni untuk mengcolorkan beberapa filem lakunan dan arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee terutama filem "Semerah Padi".

    Jika berjaya, peluang untuk mengcolorkan kebanyakan filem Melayu klasik yang lain adalah sangat cerah.

    Jadi, saya mengambil kesempatan ini mengsyorkan supaya ada juga usaha untuk mengcolorkan filem seniman dan seniwati lagenda lain yang juga popular seperti Noordin Ahmad (juga ada di "Semerah Padi") dan Latiffah Omar, belum pernah ada filemnya dalam color.

    Filem filem mereka yang dikira klasik dan sesuai di colorkan adalah seperti berikut;

    * "Bawang Puteh Bawang Merah" (1959, S. Roomai Noor)
    * "Hang Jebat (1961, Hussain Haniff)
    * "Sri Mersing" (1961, Salleh Ghani)
    * "Dang Anom" (1962, Hussain Haniff)
    * "Lanchang Kuning" (1962, M. Amin)
    * "Chuchu Datok Merah" (1963, M. Amin)
    * "Gurindam Jiwa" (1966, M. Amin)



    (sumber: nashigim) - Gurindam Jiwa

    (sumber: filemklasik) - Dang Anom

    (sumber: njendra) - Hang Jebat

    (sumber: njendra) - Chuchu Datok Merah

    (sumber: njendra) - Sri Mersing

    (sumber: nashigim) - Bawang Puteh Bawang Merah

    (sumber: diambangsore) - Lanchang Kuning

    Kesemua filem ini adalah keluaran Cathay Keris Film, ianya sudah dibaikpulih dan didigitalised, hanya perlu mendapat kebenaran Cathay Organisation dan mencari dana untuk pembiayaan kos mengcolorkannya.

    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.








    Tuesday, April 3, 2012


    SEMERAH PADI (1956)

    The Best Film Ever Directed By Tan Sri P. Ramlee
    By Mustafar A.R.


    "LET THE WORLD KNOW, HOW PROUD WE ARE WITH
    TAN SRI P. RAMLEE AND HIS FILM, SEMERAH PADI"








    MALAY FILM PRODUCTIONS LTD. [SB] Present SEMERAH PADI Starring NORDIN AHMAD SA'ADIAH P. RAMLEE Co-starring DAENG IDRIS NORMADIAH MUSALMAH SALLEH KAMIL A. RAHIM With MALIK SUTAN MUDA SA'AMAH ZAINON KEMAT HASSAN SHARIFF DOL MUHAMMAD HAMID NYAK OSMAN OMAR SUWITA Photography C. RAMACHANDRAN Original Story OMAR ROJIK Screenplay P. RAMLEE Dialogues S. SUDARMADJI Silat Instructor MALIK S.M. Continuity SALEHA Music P. RAMLEE Lyrics JAMIL SULONG Orchestra M.F.P. STUDIO ORCHESTRA Score FRED LIBIO Playback Singer SALOMA Dance Instructor NORMADIAH Production Manager KWEK CHIP JIAN Film Editor H.R. NARAYANA Audiography MOK CHEK POH Art Director J.S. ANTHONY Laboratory CHOW CHENG KOK and LEE MONG NAM Assistants Director S. HASSAN SAHAB and S. SUDARMADJI Photography S. JUMARI Audiography WONG SHAUR LEEI Film Editor K.K. RAMAN Art Director A. RASUL Laboratory WONG HONG PENG Producer RUN RUN SHAW Director P. RAMLEE

    Year release: 1956 (14 JULY)
    Running time: 100 MINUTES

    SYNOPSIS___

    The incident occurred in Semerah Padi Village. The Village Chief and his followers were very faithful and firm with the Islamic religion. The Village Chief had two assistants (Commander Semerah Padi) - Taruna (The Right Assistant) and Aduka (The Left Assistant). Taruna and Aduka, apart from being the most loyal guardian and Penghulu’s assistant, they were very close friends who were more than blood brothers.

    The Semerah Padi Village Chief had a very beautiful daughter named Dara who loved Aduka. Aduka loved Dara too. Taruna too loved Dara but was not reciprocated. Dara was cool towards Taruna. However. Dara was engaged to Aduka after the Village Chief and his wife were satisfied with Taruna’s character and agreed to by Taruna’s parents.

    Even though it was difficult to accept Taruna as a husband, it was the custom in Semerah Padi that the daughter should accept the parent’s wishes. So, Dara agreed to her engagement with Taruna. Meanwhile, Aduka accepted the engagement with a broken heart. Aduka distanced himself from Dara.

    On the night of the engagement between Taruna and Dara, the calm of the night was broken when a resident (Keciwa) suffered severe wounds after being attacked by his wife (Galak) and a young man (Jejaka) from another village.

    They also committed adultery. Keciwa finally died and this made the Semerah Padi Village Chief direct Aduka to arrest both of them for causing murder and adultery. However, Taruna also wanted to follow him (initially the Village Chief prevented Taruna from going because it was his engagement night with Dara) because he regarded it as a duty which should be carried out by him.

    After a violent fight between Taruna and Aduka on one side with Jejaka and Galak on the other side, finally Taruna and Aduka succeeded in arresting Jejaka and Galak.

    Because of their involvement in murder and adultery was considered a serious crime,the Village Chief was left with no alternative but to follow the Quranic laws to punish them with death penalty by impaling.

    With the punishment carried out, it made Borek (Jejaka’s brother) go berserk and vowed to take revenge against Semerah Padi Village Chief. He intended to kill the Village Chief but before that Borek and his followers burned and murdered people turning Semerah Padi into a chaotic village.

    However, with the presence of Taruna and Aduka who were known for their strength and bravery, many of Borek’s followers were killed leaving only Borek himself on the run.

    Even though Semerah Padi Village was in a chaotic and unstable condition, the Village Chief did not disappoint the Sultan when he requested 11 more volunteers to fight pirates who were causing problems on the seas as a show of allegiance and service to the country. Aduka was asked to remain at Semerah Padi as a leader to maintain peace.

    Borek’s flame of hatred towards the Village Chief did not diminish and came to its peak when he decided to kidnap Dara. Aduka managed to trace the derelict hut where Borek took Dara. However, before Borek could proceed with his intention of molesting Dara, Aduka reached the location and so a violent fight broke out between Aduka and Borek which ended in Borek’s death. He died by Aduka’s chopping knife.

    Aduka brought the unconscious Dara home. However, on the way home, while taking shelter in a shed due to a heavy rain, Aduka was unable to control his sexual urge because of Dara’s pleading and so they committed adultery.

    On Taruna’s arrival at Semerah Padi Village, after a successful naval mission, he was told by Aduka that Aduka had committed adultery with Dara (his fiancé) and wanted Taruna to kill him. However, Taruna refused because he loved Aduka much more than Dara. He even said figuratvely, “However bad the meat is, I will eat it as long as you are not harmed.” Dara’s situation was also known to her parents.

    Taruna then went to meet the Semerah Padi Village Chief to quicken his marriage with Dara but Dara’s parents objected it and returned the customary betel leaves as a sign of breaking off the engagement.

    As a strict and faithful Village Chief to God, he decided to punish Aduka and Dara according to the Quran’s laws by giving 100 lashes of rattan each even though Taruna pleaded to reduce the number of lashes.

    When the punishment was over and both Aduka and Dara had recovered from the effects of the punishment, they were married and witnessed by Taruna, Dara’s former fiancé.

    P. RAMLEE AS DIRECTOR & ACTOR___

    The strength of this film depended on P. RAMLEE’s direction. His choices of actors and actresses were also perfect for their roles such as Sa’adiah, Nordin Ahmad as Taruna and Daeng Idris as the Village Chief of Semerah Padi.

    Even though it contained scenes copied from Japanese and Hindustani films, it was still perfect and portrayed his maturity through this second film in spearheading a film to reach a higher level as compared to the other directors who had previously worked at MFP.

    P. RAMLEE’s acting was good as usual. His role as Aduka was well performed. Just as in “Penarek Becha”, his appearance in this film looked unhappy (except for at the beginning of the film) because his love towards Dara was unsuccessful due to Dara’s parents’ preference to Taruna to be their son-in-law.

    Even though playing the role of a second hero, there were instances where he performed perfectly well like when he met Salleh Kamil who kidnapped Sa’adiah to take revenge and where he confronted Nordin Ahmad after committing adultery with Sa’adiah who played the role as Dara.

    It was not easy to simultaneously direct and act but P. RAMLEE was able to do it well that it became the best film among the films he ever directed and acted. Everything about this film was perfect (the story, acting, photography, editing and the rest). The only thing it lacked was that it was not produced in color.

    RHYTHMS & SONGS___

    All were traditional Malay songs and all became people’s favourites.
    1. Semerah Padi (P. RAMLEE & Group)
    2. Makan Sireh Di Semerah Padi (P. RAMLEE)
    3. Sekapur Sireh Seulas Pinang (Saloma)
    4. Putus Kasih Di Semerah Padi (Momo)
    5. Lenggang Kangkong Baru (Saloma)
    Composer & arranger: P. RAMLEE
    Lyrics: Jamil Sulong
    Music score: Fred Libio
    Accompanying music: M.F.P. Studio Orchestra

    BEHIND THE SCENES___

    According to what Omar Rojik told me (a few months before his death) the title of the story was “Pukau” (his own story) based on a Langkawi legend, “Mahsuri”. It was later modified (P. RAMLEE rearranged the original story) with the scenes and dialogues written by P. RAMLEE himself.

    The story of “Mahsuri” by Tunku Abdul Rahman (the first Prime Minister of Malaysia) was turned into a film by Cathay Keris Film with Kasma Booty as Mahsuri and directed by B. N. Rao. It was also produced in color.

    P. RAMLEE also wanted to make it a great film with the title of “Long Batee”, but due to its costumes and background which could complicate matters, P. RAMLEE had to change its title to “Semerah Padi” with the story and more moderate costumes and background.

    In this second film he directed, P. RAMLEE again blended the main actors and actresses who acted in the first film he directed (“Penarek Becha”) such as Sa’adiah playing the main role (Dara), he himself as Aduka and Salleh Kamil as a crook - Borek.

    Daeng Idris who initially name as the role of Orangkaya Marzuki (then played by Udo Omar) in “Penarek Becha”, held the role of the Village Chief of Semerah Padi.

    Since the film “Takdir Illahi” (1951), P. RAMLEE always played the role of a hero, but in this second film he acted the leading actor in supporting role while Nordin Ahmad played the leading role - Taruna.

    This film also entered the 3rd. Asia-Pacific Film Festival in Hong Kong together with “Hang Tuah” but due to its religious characteristics, the jury could not evaluate it for any award.

    I still remember when I saw the film in Capitol Cinema, Kuala Lumpur at a midnight show when the Union Jack was taken down and the Malayan Flag was raised (31st. August 1957) at the Selangor Club Padang (now Dataran Merdeka), there was a scene where Sa’adiah sang "Putus Kasih Di Semerah Padi" in color.

    When it was shown on TV and also on VCD and DVD, this scene was cut. That scene was before Sa’adiah was kidnapped by Salleh Kamil.

    In producing films, a director cannot escape from copying other people’s creation. Even the famous director (Steven Spielberg) was not immuned to it.

    The same was with P. RAMLEE. Since he was influenced by a Japanese director (Akira Kurosawa) P. RAMLEE copied the techniques where the camera moved fast as used by Akira Kurosawa in his film “Rashomon”. The scene was when P. RAMLEE was searching for Sa’adiah who was kidnapped by Salleh Kamil in the jungle.

    The background music too was copied from “Rashomon”. It can be said many scenes in this film were influenced by “Rashomon”.

    However, the scene at the hut after Dara was saved by Aduka (before adultery happened) was similar to the scene found in the film directed by Raj Kapoor - “Awara”.

    The scene showing the world spinning in its orbit before the beginning of this film was copied from “Samson and Delilah” which was directed by Cecil B. DeMille and, before that, “Casablanca” directed by Micheal Curtiz.

    COMMENTS & CRITIQUES___

    After directing “Penarek Becha”, P. RAMLEE directed this film which higlighted Islamic religious laws based on the Quran. This dramatic film in a traditional setting was directed by P. RAMLEE with perfection. To me this was the best among the films directed and acted by P. RAMLEE.

    If The Malaysian Film Festival were held then, this film would have grabbed many awards including Best Film, Best Director (P. RAMLEE), Best Male Actor (Nordin Ahmad), Best Female Actress (Sa’adiah), Best Photography (C. Ramachandran), Best Film Editor (H. R. Narayana), Best Song (Sekapur Sireh Seulas Pinang), Best Male Supporting Actor (P. RAMLEE), Best Story (Omar Rojik) and Best Screenplay (P. RAMLEE).

    The readers’ choice in Bintang magazine chose this film (Best Film), P. RAMLEE (Best Director), Sa’adiah (Best Actress) as well placed. Only the choice of P. RAMLEE (Best Actor) was rather misplaced because Nordin Ahmad was the leading actor.

    The plot arrangement of this film was firm. Beginning with the peaceful environment of Kampung Semerah Padi it was followed by the upheavals as Jejaka and Galak committed serious crimes of killing and adultery. Making it more problematic, Borek reacted to take revenge on the Village Chief of Semerah Padi for issuing a death sentence (impalement) on his brother - Jejaka.

    Tension escalated when Jejaka kidnapped Dara. After Dara was saved by Aduka, they committed adultery. Then Aduka asked Taruna to kill him because he committed adultery with Dara (Aduka’s fiancé). The Village Chief was caught in a dilemma to impose Allah’s punishment towards his own daughter and his Left Assistant.

    That was a perfect plot arrangement. The editing (by H. R. Narayana) was also one of the reasons why this film could be considered the best film not only by his direction but also the other directors, especially in MFP.

    As regards to acting, it was beyond doubt anymore. The list of awards which could have been won by him was enough to prove the credibility of the roles played by Nordin Ahmad, Sa’adiah, Salleh Kamil, Daeng Idris and P. RAMLEE himself.

    The photography technique (by C. Ramachandran) which was based on Japanese films, especially “Rashomon”, was very much different from what was seen in “Penarek Becha”.

    The fighting scene between Aduka and Borek at the old hut in the jungle was the second best fighting scene after “Sumpah Orang Minyak” and the traditional melody songs also portrayed P. RAMLEE’s excellence as a film director.

    What was missing (as mentioned earlier) was its color. Had it been colored it would be more interesting.

    Yes, when the time come, "Semerah Padi" will be in color. Wait and see.

    AWARDS___

    1. Best Film
    2. Best Director (P. RAMLEE)
    3. Best Actor (P. RAMLEE)
    4. Best Actress (Sa’adiah)
    * Organised by Bintang magazine (1956)
    5. Best Supporting Actor (Nordin Ahmad)
    * Organised by Utusan Film Dan Sport (1956)

    * The Best Supporting Actor award should not be given to Nordin Ahmad because he was not a supporting actor but the male actor in a leading role. P. RAMLEE then should not be given the Best Actor award because he was not the main actor but just a supporting actor.

    Even in the credit title, P. RAMLEE was placed third. However, this sort of slip-ups do occur in Hollywood Oscar Awards in determining its categories.

    FIVE VIDEO CLIPS FROM "SEMERAH PADI"___


    (sumber: alam07shah)

    (sumber: pcbajet)

    (sumber: njendra)

    (sumber: njendra)

    (sumber: pakcummy)


    FACTS & FIGURES___

  • This was the first film which P. RAMLEE used a story written by Omar Rojik. Later, P. RAMLEE also directed films based on stories written by Omar Rojik - “Antara Dua Darjat” and “Dr. Rushdi”.
  • This was the second film P. RAMLEE chose Sa’adiah and Salleh Kamil to act in his film after “Penarek Becha”.
  • Not many were aware that this P. RAMLEE film was also done in color - the scene when Sa’adiah (using Momo’s voice) sang "Putus Kasih Di Semerah Padi" before Salleh Kamil kidnapped Sa’adiah. It was not known why the scene was cut later.
  • The first time P. RAMLEE’s name as director was put at the end of the film.
  • This film broke the record the number of screening days of “Penarek Becha” (21 days) in Singapore - 26 days, Capitol Cinema 20 days and Queen 6 days.
  • After starring in this film, Nordin Ahmad received a better offer from Cathay Keris Film and more successful when he acted in “Orang Minyak”, “Serangan Orang Minyak”, “Noor Islam”, “Sultan Mahmood Mangkat Di Julang”, “Sri Mersing”, “Laila Majnun” and “ Gurindam Jiwa”. He was appointed director in 1964 with his first film - “Wan Perkasa”.
  • Nordin Ahmad was born in Butterworth, Penang in 1932 and began his career through film “Juwita”. He died due to yellow fever on 15th. Jun 1971.


  • # Update will be made from time to time.




    KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

    Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - Kakak Tua.